Judul : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Bertindak Atas Isu Balak Luar Biasa Di Tularkan Khaidir Ahmad, Dokumen 'Pindah Balak' Ikut Prosedur
link : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Bertindak Atas Isu Balak Luar Biasa Di Tularkan Khaidir Ahmad, Dokumen 'Pindah Balak' Ikut Prosedur
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Bertindak Atas Isu Balak Luar Biasa Di Tularkan Khaidir Ahmad, Dokumen 'Pindah Balak' Ikut Prosedur
KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengeluarkan satu kenyataan balas selepas membuat semakan aduan awan yang ditularkan oleh aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad di facebook beliau semalam.
Susulan pendedahan Khaidir bertajuk "kayu balak bersaiz luar biasa yang mencurigakan" berbagai komen panas dan tohmahan telah dilontarkan kepada jabatan terbabit oleh netizen yang memberi komen.
Isu tersebut panas selepas Khaidir turut memuatnaik gambar lori treler yang membawa kayu balak bersaiz luar biasa di RNR Temerloh petang semalam.
Menurut kenyataan di laman facebook rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menyatakan, lori yang dilaporkan oleh Khaidir telah ditahan berhampiran RNR Gombak arah barat.
Hasil semakan mendapati, lori balak tersebut membawa muatan kayu balak sepertimana disebut dalam facebook berkenaan.
"Hasil pemeriksaan juga mendapati, maklumat lori dan kayu yang dibawa bersamaan dengan yang dinyatakan dalam pas pemindah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Difahamkan bahawa, muatan ini akan dihantar ke sebuah kilang di Selangor, " kata kenyataan itu.
Jabatan terbabit turut menghargai aduan yang dibuat namun berharap, agar ia disalurkan secara terus ke mana-mana jabatan dan agensi kerajaan bersesuaian termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Pahang agar tindakan lebih pantas dapat diambil.
"Jabatan ini sentiasa peka dan bertanggung jawab terhadap semua aduan yang dilaporkan bagi memastikan agar tindakan tegas dan segera diambil demi menjaga memelihara khazanah hutan negeri," dakwa kenyataan itu lagi.
Sementara itu, aktivis terbabit terus dihentam bertalu-talu oleh netizen atas alasan beliau telah membuat fitnah.
Namun daripada kenyataan Khaidir, jelas dapat dilihat beliau hanya merasa curiga dan sebagai rakyat marhaen malahan aktivis alam sekitar sememangnya beliau perlu bersikap demikian.
Beliau tidak menuduh mana-mana pihak sebenarnya, cuma komen daripada netizen yang marah dengan insiden itu menyebabkan beliau terpalit.
Mungkin sebelum ini, isu lori balak membawa kayu balak tanpa dokumen secara tidak sah sering berlaku di negeri Pahang. Maka netizen terutamanya rakyat Pahang terpanggil untuk mengaitkan pihak bertanggungjawab dalam hal ini.
Khaidir hanya menyatakan sikap curiga beliau sebagai aktivis alam sekitar, maka tindakan yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang cepat menyelesaikan isu ini harus diberi penghargaan.
Rakyat berhak bersuara kerana mereka merasa curiga, tidak timbul soal fitnah dalam isu ini sebenarnya. #pahangdaily
Demikianlah Artikel Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Bertindak Atas Isu Balak Luar Biasa Di Tularkan Khaidir Ahmad, Dokumen 'Pindah Balak' Ikut Prosedur
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Bertindak Atas Isu Balak Luar Biasa Di Tularkan Khaidir Ahmad, Dokumen 'Pindah Balak' Ikut Prosedur dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/jabatan-perhutanan-negeri-pahang.html








0 Response to "Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Bertindak Atas Isu Balak Luar Biasa Di Tularkan Khaidir Ahmad, Dokumen 'Pindah Balak' Ikut Prosedur"
Catat Ulasan