Judul : Demi Penyatuan Ummah, Mufti Pahang Dakwa 'Haram' Biar 'Bukan Melayu' Kuasai Putrajaya !
link : Demi Penyatuan Ummah, Mufti Pahang Dakwa 'Haram' Biar 'Bukan Melayu' Kuasai Putrajaya !
Demi Penyatuan Ummah, Mufti Pahang Dakwa 'Haram' Biar 'Bukan Melayu' Kuasai Putrajaya !
KUANTAN - Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menggunakan khutbah Jumaat bagi menggesa penganut Islam memastikan Malaysia “terus kekal” diperintah bangsa Melayu dan menegaskan “haram hukumnya” jika bukan Melayu menguasai Putrajaya.
Ketika dihubungi, Rahman menolak sebarang andaian khutbah itu berbaur politik atau bersifat diskriminasi terhadap parti politik bukan Melayu seperti DAP.
Sebaliknya, lebih menekankan penyatuan ummah demi kebaikan kaum Melayu dan orang Islam, dan orang bukan Islam, katanya.
Namun, beliau menyifatkan DAP sebagai parti yang berhasrat menjadikan Malaysia sebuah republik dan mahukan “orang Melayu ikut dia”.
Khutbah kedua khas bagi Mei 2021 yang dimuatnaik di laman Jabatan Mufti Pahang (JMP) itu menjangka Malaysia akan menghadapi PRU15 “tidak lama lagi”.
“Oleh itu menjadi kewajipan umat Islam untuk memastikan negara kita terus kekal berada di bawah pemerintahan bangsa Melayu Islam yang memelihara agama Islam dan Raja Berperlembagaan.
“Haram hukumnya jika negara kita diperintah oleh orang bukan Islam,” menurut khutbah kedua khas itu, tanpa huraian lanjut.
Rahman memberitahu bahawa khutbah itu tidak mempunyai sebarang agenda politik, atau cenderung kepada parti pemerintah mahu pun menolak pembangkang.
“Kita sebenarnya tidak ada unsur politik. Selama ini, kita orang Melayu tidak bersatu. Memang agama kita menyuruh umat Islam bersatu, tidak kira PAS, Umno, PKR, Pejuang, Amanah, Bersatu, semua perlu bersatu, (dan) orang Melayu Islam mesti memerintah, kerana negara ini majoriti orang Melayu, tanah Melayu. #sumber
Demikianlah Artikel Demi Penyatuan Ummah, Mufti Pahang Dakwa 'Haram' Biar 'Bukan Melayu' Kuasai Putrajaya !
Anda sekarang membaca artikel Demi Penyatuan Ummah, Mufti Pahang Dakwa 'Haram' Biar 'Bukan Melayu' Kuasai Putrajaya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/demi-penyatuan-ummah-mufti-pahang-dakwa.html
0 Response to "Demi Penyatuan Ummah, Mufti Pahang Dakwa 'Haram' Biar 'Bukan Melayu' Kuasai Putrajaya !"
Catat Ulasan