Judul : Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan Pula Minta Warga Tanah Putih Baru 'Buat Saringan' Esok !
link : Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan Pula Minta Warga Tanah Putih Baru 'Buat Saringan' Esok !
Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan Pula Minta Warga Tanah Putih Baru 'Buat Saringan' Esok !
KUANTAN - Selepas memo daripada pihak polis, supaya penduduk Tanah Putih Baru yang neninggalkan rumah masing-masing hadir ke Dewan Jubli Perak pada hari esok 10 Mei 2031, bagi menjalani ujian saringan Covid-19.
Terkini, satu lagi memo oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan pula disebarkan
Menurut kenyataan memo itu, semua penduduk kawasan Tanah Putih Baru, diminta hadir ke Masjid Al-Muttaqin Tanah Putih Baru untuk menjalani saringan di masjid mulai hari esok 10 Mei 2021 (Isnin) mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari atau 11 Mei 2021 (Selasa) mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Mereka diminta membawa pen sendiri bagi memudahkan lagi urusan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bilik Gerakan COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan di talian 095659213.
Kerjasama daripada semua penduduk yang terlibat amatlah diharapkan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dalam komuniti daerah Kuantan.
Difahamkan lebih separuh penduduk di taman terbabit meninggalkann rumah masing-masing selepas dimaklumkan lokasi itu akan dikenakan PKPD pada 5 Mei lalu.
Kehilangan mereka dipercayai ada kaitan dengan faktor tempoh PKPD yang dikatakan bertembung dengan tarikh Hari Raya Aidil Fitri.
PKPD di Tanah Putih Baru bermula 5 Mei dan akan berakhir pada 18 Mei 2022 ini, sementara hari raya dijangka jatuh pada 13 dan 14 Mei ini. #pahangdaily
Demikianlah Artikel Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan Pula Minta Warga Tanah Putih Baru 'Buat Saringan' Esok !
Anda sekarang membaca artikel Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan Pula Minta Warga Tanah Putih Baru 'Buat Saringan' Esok ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/pejabat-kesihatan-daerah-kuantan-pula.html


0 Response to "Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan Pula Minta Warga Tanah Putih Baru 'Buat Saringan' Esok !"
Catat Ulasan