Loading...

Insiden Anggota Polis Mati Tertembak, Tiga Rakan Di Reman Untuk Membantu Siasatan

Loading...
Insiden Anggota Polis Mati Tertembak, Tiga Rakan Di Reman Untuk Membantu Siasatan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Insiden Anggota Polis Mati Tertembak, Tiga Rakan Di Reman Untuk Membantu Siasatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Insiden Anggota Polis Mati Tertembak, Tiga Rakan Di Reman Untuk Membantu Siasatan
link : Insiden Anggota Polis Mati Tertembak, Tiga Rakan Di Reman Untuk Membantu Siasatan

Baca juga


Insiden Anggota Polis Mati Tertembak, Tiga Rakan Di Reman Untuk Membantu Siasatan

 

SIBU - Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei bagi membantu siasatan kes seorang konstabel yang mati tertembak oleh rakan sekerja, di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai petang semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar hari ini.

Ketua Polis Sibu, Stanley Jonathan Ringgit, berkata ketiga-tiga mereka yang berusia 21, 23, dan 27 tahun merupakan rakan serumah.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu, datang ke rumah sewa yang didiami rakan setugasnya itu untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka.

Bagaimanapun, seorang rakan mangsa dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum tertarik picu dan tertembak mangsa.

Jenazah mangsa akan dihantar pulang ke kampung halamannya di Pahang selepas semua urusan selesai, katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam semalam, anggota Unit Rondaan Bermotosikal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Norhalim Tumiran, 25, ditemukan maut dengan kesan tembakan di kepala di rumah berkenaan.

Mangsa yang baru sebulan setengah ditugaskan di Sibu selepas menamatkan latihan asas kepolisan, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. #sumber



Demikianlah Artikel Insiden Anggota Polis Mati Tertembak, Tiga Rakan Di Reman Untuk Membantu Siasatan

Sekianlah artikel Insiden Anggota Polis Mati Tertembak, Tiga Rakan Di Reman Untuk Membantu Siasatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Insiden Anggota Polis Mati Tertembak, Tiga Rakan Di Reman Untuk Membantu Siasatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/insiden-anggota-polis-mati-tertembak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Insiden Anggota Polis Mati Tertembak, Tiga Rakan Di Reman Untuk Membantu Siasatan"

Catat Ulasan

Loading...