Judul : Warga Emas Kena Denda RM5,000 Gara-Gara Tanggal Gelang ‘Pink’ Positif Covid-19 Di Raub
link : Warga Emas Kena Denda RM5,000 Gara-Gara Tanggal Gelang ‘Pink’ Positif Covid-19 Di Raub
Warga Emas Kena Denda RM5,000 Gara-Gara Tanggal Gelang ‘Pink’ Positif Covid-19 Di Raub
RAUB - Seorang warga emas dikompaun RM5,000 kerana tidak mematuhi perintah pencegahan penyakit oleh pihak berkuasa, selepas dia menanggalkan gelang yang menandakan dia diawasi semasa ke klinik.
Tindakan wanita berusia 72 tahun itu menanggalkan “gelang merah jambu” itu diketahui polis yang mencarinya, selepas pihak berkuasa mendapati dia tiada di rumah ketika ingin memaklumkan hasil saringan Covid-19 – positif.
Wanita itu mengaku berbuat demikian ketika ditemui polis di klinik.
Ketua Polis Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed, berkata pihaknya dukacita dengan tindakan wanita itu, yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang muda.
“Kegagalan mematuhi SOP menyebabkan penularan wabak ini semakin menakutkan dan sukar dibendung,” katanya.
Wanita itu didenda RM5,000, mengikut Seksyen 22(b) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). #sumber
Demikianlah Artikel Warga Emas Kena Denda RM5,000 Gara-Gara Tanggal Gelang ‘Pink’ Positif Covid-19 Di Raub
Anda sekarang membaca artikel Warga Emas Kena Denda RM5,000 Gara-Gara Tanggal Gelang ‘Pink’ Positif Covid-19 Di Raub dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/warga-emas-kena-denda-rm5000-gara-gara.html
0 Response to "Warga Emas Kena Denda RM5,000 Gara-Gara Tanggal Gelang ‘Pink’ Positif Covid-19 Di Raub"
Catat Ulasan