Loading...

Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan RM56 Juta Salur Bantuan Untuk 'Ringankan' Beban Rakyat

Loading...
Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan RM56 Juta Salur Bantuan Untuk 'Ringankan' Beban Rakyat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan RM56 Juta Salur Bantuan Untuk 'Ringankan' Beban Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan RM56 Juta Salur Bantuan Untuk 'Ringankan' Beban Rakyat
link : Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan RM56 Juta Salur Bantuan Untuk 'Ringankan' Beban Rakyat

Baca juga


Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan RM56 Juta Salur Bantuan Untuk 'Ringankan' Beban Rakyat

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan sebanyak RM56 juta bagi menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang mula dilaksanakan awal tahun ini dalam usaha membantu meringankan beban rakyat di seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BPP yang memberi manfaat kepada rakyat itu akan dilaksanakan berterusan selagi kerajaan negeri mempunyai kewangan yang kukuh.

“Kerajaan negeri mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh membolehkan kita memulangkannya semula kepada rakyat menerusi BPP yang dilaksanakan secara berperingkat dan kita akan selalu turun padang melihat keperluan rakyat.

“Sekarang ini kita tidak akan menunggu sebaliknya kita mencari apa lagi bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat, kita akan selalu turun padang kerana cara itu lebih berkesan,” katanya selepas Majlis Penyerahan BPP kepada guru dan penyelia takmir serta penyelia Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini semalam.

Pada majlis berkenaan juga Wan Rosdy turut menyampaikan sumbangan dua buah kenderaan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah negeri.

Menurutnya, seramai 475 guru dan penyelia takmir serta penyelia KAFA dari seluruh Pahang menerima BPP berjumlah RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak M237,500.

“Bantuan ini diharapkan dapat membantu golongan terbabit terutamanya untuk persediaan mereka menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan RM56 Juta Salur Bantuan Untuk 'Ringankan' Beban Rakyat

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan RM56 Juta Salur Bantuan Untuk 'Ringankan' Beban Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan RM56 Juta Salur Bantuan Untuk 'Ringankan' Beban Rakyat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/kerajaan-negeri-pahang-belanjakan-rm56.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan RM56 Juta Salur Bantuan Untuk 'Ringankan' Beban Rakyat"

Catat Ulasan

Loading...