Loading...

Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin AstraZeneca !

Loading...
Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin AstraZeneca ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin AstraZeneca !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin AstraZeneca !
link : Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin AstraZeneca !

Baca juga


Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin AstraZeneca !

 

PUTRAJAYA – Sakit kepala luar biasa dan kesan lebam pada kulit antara gejala yang perlu diberi perhatian para penerima vaksin AstraZeneca dalam tempoh antara empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksin Covid-19 tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, orang ramai perlu mendapatkan rawatan segera jika mereka mengalami sakit kepala luar biasa disertai dengan pandangan kabur, loya dan muntah serta sukar bertutur, lemah, mengantuk atau sawan.

Beliau berkata, gejala lain termasuklah sakit kepala teruk yang tidak berkurangan dengan ubat tahan sakit dan sakit kepala semakin teruk apabila berbaring atau semasa membongkok.

“Selain itu mungkin ada gejala lain seperti bintik-bintik kecil pada kulit atau berlaku pendarahan selain sukar bernafas, sakit dada, bengkak pada kaki atau sakit perut yang berterusan.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memantau tahap kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala-gejala berkenaan dalam masa tempoh empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksin AstraZeneca,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adham berkata, pengamal perubatan perlu membuat pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan sama ada gejala yang ditunjukkan adalah disebabkan pembekuan darah.

Beliau berkata, pengamal perubatan yang merawat kes tersebut juga pula perlulah menyiasat sama ada kes telah menerima vaksin dalam masa 30 hari sebelum gejala bermula.

“Sehubungan itu, pemeriksaan-pemeriksan berkaitan termasuk pemeriksaan darah dan radiologi perlu dijalankan dengan seberapa segera.

“Rawatan serta-merta perlu diberikan jika keputusan ujian menunjukkan pembekuan darah benar-benar berlaku,” katanya.

Tambahnya, pakar hematologi juga perlu dihubungi dengan segera untuk mendapatkan khidmat nasihat.

“Pengamal perubatan juga perlu membuat laporan Adverse Event Following Immunisation (AEFI) kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara,” ujarnya.

Adham berkata, Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau kejadian darah beku dengan pelaksanaan pemberian vaksin AstraZeneca kepada orang ramai secara sukarela yang dijangka bermula esok.

Katanya, pihak kementerian juga memberi jaminan bahawa rawatan segera akan diberikan jika kes darah beku susulan pemberian vaksin tersebut benar-benar berlaku. #sumber



Demikianlah Artikel Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin AstraZeneca !

Sekianlah artikel Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin AstraZeneca ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin AstraZeneca ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/pantau-gejala-sakit-kepala-luar-biasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin AstraZeneca !"

Catat Ulasan

Loading...