Loading...

Hadi Nyatakan PAS Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin !

Loading...
Hadi Nyatakan PAS Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi Nyatakan PAS Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi Nyatakan PAS Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin !
link : Hadi Nyatakan PAS Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin !

Baca juga


Hadi Nyatakan PAS Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin !

 

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menyatakan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sokongan itu hadir selepas banyak spekulasi berlegar ketika Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap pemimpin politik negara bermula hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Hadi turut mengecam beberapa pihak yang masih enggan berhenti berpolitik ketika pandemik Covid-19 semakin memburuk di seluruh negara.

“PAS memahami keadaan darurat pandemik Covid-19 dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala ‘politicking’ yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara,” katanya.

Meskipun demikian, katanya, masih ada pihak yang tidak mahu berhenti dan cuba mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri.

“PAS terlibat secara langsung dalam mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibejati dengan krisis kepimpinan dan moral sehingga membosankan rakyat.

“Setelah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengikut lunas demokrasi, PAS yang diberikan beberapa peranan dalam Kabinet terus menjalankan tugas masing-masing tanpa banyak soal, kerana PAS meletakkan kepentingan rakyat yang lebih diutamakan,” katanya.

Agong dijangka bertemu beberapa pemimpin parti politik secara berasingan dalam dua hari ini bagi membincangkan penamatan darurat dan pembukaan semula Parlimen.

Ia juga susulan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cara kerajaan menangani dan menguruskan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin mengesahkan pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil menghadap Agong esok.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Istana Negara pagi tadi selama hampir sejam setengah berkata, perbincangan bersama Agong tertumpu kepada darurat dan langkah untuk memerangi pandemik.

Menurut beliau, tidak ada langsung perbincangan kemungkinan pembentukan kerajaan baharu.

Pertemuan dengan ketua parti politik itu diadakan menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan Rabu depan bagi membincangkan krisis Covid-19, menurut laporan Straits Times Singapura. #sumber



Demikianlah Artikel Hadi Nyatakan PAS Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin !

Sekianlah artikel Hadi Nyatakan PAS Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi Nyatakan PAS Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/hadi-nyatakan-pas-tetap-sokong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hadi Nyatakan PAS Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin !"

Catat Ulasan

Loading...