Loading...

Istana Negara Umum Anjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun 2021 Ini

Loading...
Istana Negara Umum Anjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun 2021 Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Istana Negara Umum Anjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun 2021 Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Istana Negara Umum Anjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun 2021 Ini
link : Istana Negara Umum Anjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun 2021 Ini

Baca juga


Istana Negara Umum Anjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun 2021 Ini

 

KUALA LUMPUR - Atas titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Istana Negara akan menganjurkan sesi perbincangan khas raja-raja Melayu di Istana Negara pada 16 Jun.

Perbincangan itu diadakan atas inisiatif baginda dan akan dipengerusikan seri paduka sendiri.

Perkara itu diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja lstana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin melalui kenyataan media sebentar tadi, selepas pertemuan baginda dengan beberapa pemimpin politik hari ini.

“Perbincangan khas raja-raja Melayu ini berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” kata Ahmad Fadil.

Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di lstana Negara sejak Seri Paduka menaiki takhta pada 31 Januari 2019.

Kali pertama ia dianjurkan pada 25 Oktober 2020, juga di Istana Negara.

Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong berkenan memanggil menghadap ketua-ketua parti politik negara secara bergilir-gilir mulai pagi hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu menghadap Agong pada lapan pagi ini diikuti Presiden PKR Daruk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mat Sabu selesai menghadap Agong masing-masing pukul dua dan tiga petang hari ini.

Difahamkan, esok 10 Jun, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan  Datuk Seri Shafie Apdal menghadap Agong. Sementara, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan PAS dijadualkan pada 11 jun. #sumber



Demikianlah Artikel Istana Negara Umum Anjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun 2021 Ini

Sekianlah artikel Istana Negara Umum Anjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun 2021 Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Istana Negara Umum Anjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun 2021 Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/istana-negara-umum-anjurkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Istana Negara Umum Anjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun 2021 Ini"

Catat Ulasan

Loading...