Loading...

Kerajaan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik

Loading...
Kerajaan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik
link : Kerajaan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik

Baca juga


Kerajaan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik

 

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) sentiasa konsisten ke arah memulihara dan memelihara kelestarian Tasik Chini, Pekan.

Berdasarkan laporan PPTC dikeluarkan hari ini, Tasik Chini Rizab Biosfera (TCRB) di bawah Program 'Man and Biosphere UNESCO' diiktiraf pada Mei 2009 sebagai kawasan Rizab Biosfera pertama di Malaysia berlandaskan tiga teras utama.

"Tiga teras itu ialah pemuliharaan daripada aspek ekosistem, landskap, spesies dan kepelbagaian genetik; sokongan logistik termasuk aktiviti penyelidikan, pemantauan dan pembelajaran serta pembangunan yang merujuk kepada pembangunan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan.

"Bagi menyokong dan menjayakan tiga teras utama ini, TCRB dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon Teras, Zon Penampan dan Zon Peralihan yang merupakan kawasan mempunyai fungsi berbeza.

"Penubuhan PPTC adalah khusus untuk menjalankan penyelidikan, pengajaran, kerja lapangan, kesedaran alam sekitar dan penyebaran maklumat pengurusan tasik secara bersepadu," menurut laporan itu.

Laporan itu menjelaskan Kerajaan Pahang memperuntukkan tanah seluas 8.1 hektar di pinggir Tasik Chini yang dijadikan makmal alami bagi menjalankan penyelidikan dan pembelajaran selain membantu dalam usaha pemuliharaan, pemeliharaan serta kelestarian Tasik Chini.

PPTC juga memaklumkan hubungan antara Kerajaan Pahang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan penubuhan PPTC sejajar dengan keperluan pelaksanaan dasar yang terkandung di bawah Rancangan Struktur Negeri Pahang 2050.

Katanya, ia juga termasuk dalam Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini 2018 ke arah pembangunan mampan dan pemuliharaan Tasik Chini sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

"UKM melalui PPTC memberi komitmen tinggi kepada Kerajaan Pahang dalam bentuk penyediaan kepakaran dan kewangan demi usaha pemuliharaan melalui penyediaan Pelan Pelaksanaan Strategik bersama-sama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang digunakan dalam Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini.

"Selain itu, pembinaan stesen 'real-time monitoring' ke atas kualiti air di sungai-sungai pembekal di Tasik Chini dapat membantu dalam aspek pemantauan kualiti air dengan lebih berkesan.

"Beberapa projek pemuliharaan yang dijalankan bersama agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang serta Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM).

"Antara projek pemuliharaan ini termasuklah aktiviti penanaman semula hutan, pembinaan nurseri ikan serta pelepasan ikan bagi penambahan sumber perikanan air tawar, pemulihan tebing Sungai Chini, pemuliharaan teratai serta latihan dan kesedaran alam sekitar kepada komuniti tempatan," katanya.

Menurut laporan itu, penyelidikan translasi juga dilaksanakan dengan menyumbang semula hasil dapatan penyelidikan dalam bentuk program kesedaran, modul pembelajaran dan latihan kepada masyarakat tempatan.

Katanya, ia bertujuan untuk membantu membangunkan status sosioekonomi dan taraf pendidikan masyarakat tempatan khususnya masyarakat Orang Asli yang mendiami sekitar Tasik Chini di Kampung Gumum, Kampung Melai, Kampung Cendahan dan Kampung Tanjung Puput.

"Menerusi usaha ini berjaya mengekalkan kelestarian alam sekitar dan kebudayaan di sebahagian besar kawasan Tasik Chini dan akan diteruskan bagi memastikan keseluruhan kawasan Tasik Chini terus dipulihara dan terpelihara alam sekitarnya," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/kerajaan-pahang-pusat-penyelidikan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik"

Catat Ulasan

Loading...