Loading...

Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Dakwa Tiga Resort Dibina Tanpa Kebenaran Di Pahang

Loading...
Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Dakwa Tiga Resort Dibina Tanpa Kebenaran Di Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Dakwa Tiga Resort Dibina Tanpa Kebenaran Di Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Dakwa Tiga Resort Dibina Tanpa Kebenaran Di Pahang
link : Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Dakwa Tiga Resort Dibina Tanpa Kebenaran Di Pahang

Baca juga


Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Dakwa Tiga Resort Dibina Tanpa Kebenaran Di Pahang


KUANTAN - Tiga buah resort yang terletak di sebuah daerah di Pahang didakwa telah dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran sah.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, ia menimbulkan tanda tanya selepas menjalankan siasatan terhadap maklumat diperoleh mengenai resort terbabit.

Beliau mendakwa bukan sahaja pengoperasian resort tanpa kebenaran, tetapi turut menggunakan sumber air mentah tanpa kebenaran yang sah di bawah enakmen air.

"Bagaimana resort itu dibuka dengan kelulusan dan mematuhi syarat-syarat ditetapkan? Timbul persoalan bagaimana pemilik itu yang difahamkan bukan berasal dari negeri Pahang boleh membuka resort, chalet di tepi sungai?

"Siapa memberikan kebenaran kepada pemiliknya untuk membuka resort berkenaan? Adakah kerajaan negeri atau tiada kebenaran diberikan?," soalnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pahang diminta segera menyiasat mengenai perkara tersebut.

"Terdapat keraguan bagi pihak saya dan PSAP tentang operasi resort berkenaan terutama apabila ia dibuka berdekatan sungai.

"Adakah wujud pelanggaran syarat-syarat tanah, pencerobohan tanah milik kerajaan atau lain-lain kesalahan termasuk membabitkan alam sekitar?" katanya.

Haslihelmy berharap persoalan-persoalan itu segera disiasat oleh pihak berwajib termasuk kerajaan Pahang.

Tegasnya, jika individu itu didapati bersalah, tindakan perlu diambil berdasarkan undang-undang sedia ada. #sumber



Demikianlah Artikel Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Dakwa Tiga Resort Dibina Tanpa Kebenaran Di Pahang

Sekianlah artikel Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Dakwa Tiga Resort Dibina Tanpa Kebenaran Di Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Dakwa Tiga Resort Dibina Tanpa Kebenaran Di Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/pertubuhan-suara-anak-pahang-psap-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Dakwa Tiga Resort Dibina Tanpa Kebenaran Di Pahang"

Catat Ulasan

Loading...