Loading...

Keputusan "Tebang" Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal (HSK)

Loading...
Keputusan "Tebang" Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal (HSK) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keputusan "Tebang" Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal (HSK), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keputusan "Tebang" Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal (HSK)
link : Keputusan "Tebang" Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal (HSK)

Baca juga


Keputusan "Tebang" Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal (HSK)

 

KUANTAN - Keputusan kerajaan negeri Pahang menebang pokok durian musang king yang ditanam secara haram dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub kerana mengambil kira status kawasan itu sebagai HSK.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sudah menjadi dasar mana-mana HSK tidak boleh ditanam dengan tanaman durian.

Menurut beliau, sekiranya ada pokok durian di kawasan HSK itu, ia akan menjadi faktor penarik untuk orang masuk sesuka hati ke dalam kawasan berkenaan.

"Sedangkan sesiapa yang masuk ke kawasan HSK ini perlu dapatkan kebenaran terlebih dahulu dan menjadi kesalahan jika masuk tanpa kebenaran,” katanya.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan mengambil semula haknya walaupun berdepan banyak halangan dan tetap tegas dalam hal itu.

Dalam laporan itu, katanya, kawasan kebun haram musang king yang ditebang dalam operasi penguatkuasaan di HSK Batu Talam telah didefinisikan keluasannya oleh pihak mahkamah.

Menurut beliau, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri telah merujuk kembali perkara itu ke Mahkamah Rayuan sebelum ini bagi mengenalpasti luas kawasan kebun haram musang king yang terlibat dengan perintah penangguhan.

Melalui kenyataannya pada 5 Julai lalu, Wan Rosdy menegaskan kerja-kerja penguatkuasaan yang dilakukan itu hanya membabitkan kebun-kebun haram seluas kira-kira 101.17 hektar termasuk yang ditanam durian musang king dalam HSK Batu Talam.

Katanya, dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan itu melanggar perintah Mahkamah Rayuan tidak benar kerana kerja-kerja penguatkuasaan dilakukan di luar kawasan kebun durian yang dimiliki oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd. #sumber



Demikianlah Artikel Keputusan "Tebang" Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal (HSK)

Sekianlah artikel Keputusan "Tebang" Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal (HSK) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keputusan "Tebang" Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal (HSK) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/keputusan-tebang-pokok-durian-musang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Keputusan "Tebang" Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal (HSK)"

Catat Ulasan

Loading...