Loading...

Hampir Semua 15,000 Pokok Durian Musang King Seluas 101 Hektar Sudah Pun Di Tebang

Loading...
Hampir Semua 15,000 Pokok Durian Musang King Seluas 101 Hektar Sudah Pun Di Tebang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hampir Semua 15,000 Pokok Durian Musang King Seluas 101 Hektar Sudah Pun Di Tebang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hampir Semua 15,000 Pokok Durian Musang King Seluas 101 Hektar Sudah Pun Di Tebang
link : Hampir Semua 15,000 Pokok Durian Musang King Seluas 101 Hektar Sudah Pun Di Tebang

Baca juga


Hampir Semua 15,000 Pokok Durian Musang King Seluas 101 Hektar Sudah Pun Di Tebang

 

RAUB - Hampir semua kira-kira 15,000 pokok durian Musang King yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam seluas lebih 101 hektar sudah ditebang.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad, berkata pencapaian itu adalah di luar jangkaan pihaknya yang memulakan Operasi Pamah pada 3 Julai lalu.

Katanya, beberapa faktor yang mempercepatkan aktiviti menebang, antaranya kemahiran tinggi kakitangan JPNP dan jumlah mereka yang ramai terbabit dalam operasi kali ini serta dianggap begitu mencabar.

Beliau berkata, lebih 100 kakitangan yang bertugas di hampir semua Pejabat Hutan Daerah (PHD) dikerah untuk menyertai operasi itu dan membantu melancarkan aktiviti menebang.

"Dalam tempoh sembilan hari, hampir semua 15,000 pokok durian Musang King yang tanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam berjaya ditebang. Peringkat awal, ia dijangka mengambil masa selama sebulan.

"Pencapaian itu begitu membanggakan semua pihak terutama apabila dapat menyelesaikan tugasan berkenaan dalam jangka masa begitu pantas," katanya di sini, hari ini.

Nor Azirim berkata, kerjasama erat secara berpasukan antara kakitangan JPNP dengan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) turut menjadi faktor kelancaran Operasi Pamah.

Katanya, tugas seterusnya ialah membersihkan tapak bagi kerja menanam pokok hutan dalam hutan simpan terbabit.

"Aktiviti menanam pokok hutan perlu dilakukan segera secara berperingkat, lebih 20,000 pokok hutan perlu ditanam dalam hutan simpan terbabit.

"Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat, Rotan Tunggal, di sini bertanggungjawab sepenuhnya menanam pokok yang turut dibantu kakitangan daerah lain," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Hampir Semua 15,000 Pokok Durian Musang King Seluas 101 Hektar Sudah Pun Di Tebang

Sekianlah artikel Hampir Semua 15,000 Pokok Durian Musang King Seluas 101 Hektar Sudah Pun Di Tebang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hampir Semua 15,000 Pokok Durian Musang King Seluas 101 Hektar Sudah Pun Di Tebang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/hampir-semua-15000-pokok-durian-musang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hampir Semua 15,000 Pokok Durian Musang King Seluas 101 Hektar Sudah Pun Di Tebang"

Catat Ulasan

Loading...