Loading...

Persatuan Anak Raub Tolak Sin Woon Di Lantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Musang King

Loading...
Persatuan Anak Raub Tolak Sin Woon Di Lantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Musang King - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Persatuan Anak Raub Tolak Sin Woon Di Lantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Musang King, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Persatuan Anak Raub Tolak Sin Woon Di Lantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Musang King
link : Persatuan Anak Raub Tolak Sin Woon Di Lantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Musang King

Baca juga


Persatuan Anak Raub Tolak Sin Woon Di Lantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Musang King

KUANTAN - Keputusan MCA melantik Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Choon Sin Woon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Tanah Haram Musang King tidak mendapat restu Persatuan Anak Raub (PAR).

Setiausaha Agung PAR, Ahmad Ashraf Abd Aziz berkata, badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan menolak sekeras-kerasnya keputusan dibuat MCA kerana menganggap Sin Woon bukanlah individu yang boleh dipercayai.

"Beliau (Sin Woon) juga gagal mengemukakan sebarang perancangan atau pelan tindakan selepas MCA mewujudkan jawatankuasa khas itu sejak Ogos tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Ashraf mendakwa, Sin Woon juga menunjukkan kesungguhan seolah-olah begitu berminat membantu pekebun haram ini bagi mendapatkan sokongan penuh untuk memastikan Setiausaha Agung MCA itu mendapat sokongan jika dipilih sebagai calon di kerusi Parlimen Raub pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Justeru, saya mewakili PAR berpendapat pemilihan dan lantikan Sin Woon tidak mendatangkan apa-apa hasil yang positif, malah merasakan ia hanya satu gerakan bermotif politik dan mempunyai niat lain.

"Kami dengan penuh rasa tanggungjawab akan terus merungkai gerakan bawah tanah yang dikaitkan dengan kartel musang king, Sin Woon (MCA) dan Ahli Parlimen Raub ketika ini, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji daripada DAP," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap sebarang usaha kerajaan negeri Pahang untuk membersihkan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam daripada aktiviti pembukaan tanah secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kawasan penanaman durian musang king di kawasan berkenaan kembali menjadi tumpuan selepas kerajaan negeri melancarkan Op Pamah dan Ahad lalu, menyaksikan berlaku kekecohan antara kumpulan pekebun haram dan anggota penguat kuasa. #sumber



Demikianlah Artikel Persatuan Anak Raub Tolak Sin Woon Di Lantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Musang King

Sekianlah artikel Persatuan Anak Raub Tolak Sin Woon Di Lantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Musang King kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Persatuan Anak Raub Tolak Sin Woon Di Lantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Musang King dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/persatuan-anak-raub-tolak-sin-woon-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Persatuan Anak Raub Tolak Sin Woon Di Lantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Musang King"

Catat Ulasan

Loading...