Loading...

Nenek Dakwa Cucunya "Merangkak" Ke Bilik Ibu Bapa Mengadu Sakit Kepala Amat Sangat !

Loading...
Nenek Dakwa Cucunya "Merangkak" Ke Bilik Ibu Bapa Mengadu Sakit Kepala Amat Sangat ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nenek Dakwa Cucunya "Merangkak" Ke Bilik Ibu Bapa Mengadu Sakit Kepala Amat Sangat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nenek Dakwa Cucunya "Merangkak" Ke Bilik Ibu Bapa Mengadu Sakit Kepala Amat Sangat !
link : Nenek Dakwa Cucunya "Merangkak" Ke Bilik Ibu Bapa Mengadu Sakit Kepala Amat Sangat !

Baca juga


Nenek Dakwa Cucunya "Merangkak" Ke Bilik Ibu Bapa Mengadu Sakit Kepala Amat Sangat !

KUALA NERUS - "Cucu saya itu adalah anak yang baik dan sangat rajin belajar, selain menjadi harapan keluarga.

"Pemergiannya secara mengejut mengingatkan saya peristiwa sama berlaku kepada anak saya iaitu bapa saudara arwah yang meninggal dunia ketika berusia 17 tahun.

"Dia meninggal akibat pendarahan dalam kepala selepas mengadu sakit sama macam dilalui arwah," kata Ramlah Mamat, 75, nenek kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang, Muhammad Adham Hazim Mohd Rizaini, 19, yang meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala, malam tadi.

Ramlah berkata, pemergian secara mengejut cucunya itu menyebabkan mereka sekeluarga bagaikan tidak percaya Muhammad Adham Hazim sudah tiada lagi bersama keluarga.

"Walaupun terkejut dengan apa yang berlaku, kami reda, semua ini adalah kehendak Allah," katanya ketika ditemui di rumah keluarga arwah Muhammad Adham Hazim di Kampung Kedai Tepoh, di sini, hari ini.

Ramlah berkata, beberapa hari sebelum kejadian, arwah ada mengadu kepada ibunya, Rosfazilah Salleh, 50, yang dia sakit kepala dan meminta mengambil panadol kerana beranggapan ia pening biasa.

"Tak sangka pula sakitnya serius hingga meninggal dunia," katanya.

Bapa arwah, Mohd Rizaini Ghazali, 51, berkata, arwah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu jam 10.50 malam tadi selepas 18 jam dimasukkan ke hospital berkenaan.

Katanya, anak kedua daripada lima beradik itu merangkak ke bilik tidurnya untuk meminta bantuan kerana tidak dapat menahan sakit jam 5.30 pagi, semalam.

Menurutnya, anaknya sempat mengadu sakit kepala yang amat sangat sebelum dia tidak sedarkan diri.

"Cemas melihat keadaannya, saya bergegas membawa dia ke HSNZ sebelum dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia jam 10.50 malam tadi," katanya.

Katanya, anaknya adalah pelajar semester kedua jurusan Diploma Kejuruteraan Awam dan pernah mendapat anugerah dekan walaupun hanya belajar secara dalam talian sejak mendaftar masuk di institusi berkenaan.

Mohd Rizaini berkata, ketika dalam rawatan doktor memberitahu keadaan anaknya agak kritikal apabila dua urat kepalanya putus sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, dia tidak pasti bagaimana keadaan itu berlaku, bagaimanapun mendakwa arwah sering tidur lewat sejak kebelakangan ini kerana mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi.

Jenazah Muhammad Adham Hazim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Berangan, Tepoh, di sini, jam 11 pagi tadi. #sumber



Demikianlah Artikel Nenek Dakwa Cucunya "Merangkak" Ke Bilik Ibu Bapa Mengadu Sakit Kepala Amat Sangat !

Sekianlah artikel Nenek Dakwa Cucunya "Merangkak" Ke Bilik Ibu Bapa Mengadu Sakit Kepala Amat Sangat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nenek Dakwa Cucunya "Merangkak" Ke Bilik Ibu Bapa Mengadu Sakit Kepala Amat Sangat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/nenek-dakwa-cucunya-merangkak-ke-bilik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nenek Dakwa Cucunya "Merangkak" Ke Bilik Ibu Bapa Mengadu Sakit Kepala Amat Sangat !"

Catat Ulasan

Loading...