Loading...

Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Selepas Mengadu Sakit Kepala Amat Kuat Dirumahnya

Loading...
Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Selepas Mengadu Sakit Kepala Amat Kuat Dirumahnya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Selepas Mengadu Sakit Kepala Amat Kuat Dirumahnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Selepas Mengadu Sakit Kepala Amat Kuat Dirumahnya
link : Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Selepas Mengadu Sakit Kepala Amat Kuat Dirumahnya

Baca juga


Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Selepas Mengadu Sakit Kepala Amat Kuat Dirumahnya

KUALA NERUS – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka meninggal dunia akibat pendarahan di dalam kepala di rumahnya di Kampung Kedai Tepoh di sini malam tadi.

Muhd. Adham Hazim Muhd. Rizaini, 19, yang merupakan pelajar semester kedua jurusan Diploma Kejuruteraan Awam menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 10.52 malam.

Ayahnya, Mohd. Rizaini Ghazali, 51, berkata, anak kedua daripada lima beradik itu merangkak ke biliknya untuk meminta pertolongan pada pukul 5 pagi.

“Dia mengadu sakit kepala yang amat sangat. Saya bergegas membawa anak saya yang tidak sedarkan diri ke Unit Kecemasan HSNZ, Kuala Terengganu.

“Doktor memberitahu keadaan anak saya agak kritikal kerana dua urat kepalanya putus sebelum disahkan meninggal dunia pada malam tadi (semalam),” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Rizaini memberitahu, Muhd. Adham Hazim sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi.

Jenazah Muhd. Adham Hazim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Berangan, Tepoh di sini pada pukul 11 pagi tadi.

Media hari ini melaporkan Nur Natasya Ezreen Azemi,22, yang merupakan pelajar UiTM Merbok, Sungai Petani, Kedah meninggal dunia selepas pengsan ketika menyiapkan kerja kursus kelmarin. #sumber



Demikianlah Artikel Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Selepas Mengadu Sakit Kepala Amat Kuat Dirumahnya

Sekianlah artikel Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Selepas Mengadu Sakit Kepala Amat Kuat Dirumahnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Selepas Mengadu Sakit Kepala Amat Kuat Dirumahnya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/pelajar-uitm-jengka-meninggal-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Selepas Mengadu Sakit Kepala Amat Kuat Dirumahnya"

Catat Ulasan

Loading...