Loading...

Covid-19: Sebanyak 24,599 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 690 Kes

Loading...
Covid-19: Sebanyak 24,599 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 690 Kes - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 24,599 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 690 Kes, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 24,599 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 690 Kes
link : Covid-19: Sebanyak 24,599 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 690 Kes

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 24,599 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 690 Kes

 

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan rekod tertinggi jangkitan harian Covid-19, iaitu 24,599 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 1,640,843 kes setakat ini.

Rekod terdahulu ialah 23,564 kes yang dicatatkan pada 20 Ogos dan 360 kematian pada 8 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 22,657 pesakit yang sembuh ialah rekod tertinggi, menjadikan keseluruhan 1,359,791 kes pulih dan angka korban meningkat kepada 15,211 kes.

Katanya, terdapat 265,841 kes aktif, dengan 487 daripada 990 pesakit di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,936 kes.

Ia diikuti Sabah (3,487), Johor (2,785), Pulau Pinang (2,078), Sarawak (2,024), Kedah (1,538), Kelantan (1,312), Perak (1,170), Kuala Lumpur (881), Pahang (690), Terengganu (567), Negeri Sembilan (526), Melaka (515), Perlis (67), Putrajaya (20) dan Labuan (3).

Jumlah jangkitan harian yang dicatatkan di Sabah, Pulau Pinang dan Johor hari ini adalah rekod tertinggi.

Rekod terdahulu bagi Sabah dan Pulau Pinang ialah 3,376 dan 2,054 kes pada 24 Ogos lalu, sementara 1,832 kes dicatatkan di Johor semalam.

Daripada jumlah kes baharu itu, lapan ialah kes import dan baki 24,591 kes penularan tempatan membabitkan 19,712 warganegara serta 4,879 warga asing.

Hisham berkata, 97.3% atau 23,939 daripada keseluruhan kes baharu itu dalam Kategori 1 dan 2, manakala 660 kes atau 2.7% lagi adalah Kategori 3, 4 dan 5.

“Secara keseluruhan, 19,761 kes (80.3%) daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini tiada atau tidak lengkap
vaksinasi,” katanya dalam kenyataan.

Daripada 393 kematian itu, 294 ialah warganegara dan 99 warga asing, dengan semua kecuali 65 orang mempunyai sejarah penyakit lain, manakala 100 orang hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.

Selangor mencatatkan angka korban tertinggi dengan 125 kes, disusuli Kuala Lumpur (61), Johor (48), Melaka (33), Pulau Pinang (31), Sabah (26), Negeri Sembilan (20), Kedah (15), Perak (15), Kelantan (9), Pahang (8) dan Terengganu (2).

Setakat semalam, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 1.02 setakat semalam.

Sarawak dan Perlis mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.22, disusuli Sabah (1.21), Pulau Pinang (1.12), Perak (1.09), Kedah (1.08), Kelantan (1.08), Johor (1.05), Terengganu (1.04), Pahang (1.00), Melaka (0.99), Selangor (0.95), Kuala Lumpur (0.87), Negeri Sembilan (0.82) dan Putrajaya (0.80). #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 24,599 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 690 Kes

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 24,599 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 690 Kes kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 24,599 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 690 Kes dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/covid-19-sebanyak-24599-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 24,599 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 690 Kes"

Catat Ulasan

Loading...