Judul : Warga Kuantan Kecewa "Tindakan MBK" Roboh Dinding 'Partition' Tanpa Siasatan, Perbicaraan
link : Warga Kuantan Kecewa "Tindakan MBK" Roboh Dinding 'Partition' Tanpa Siasatan, Perbicaraan
Warga Kuantan Kecewa "Tindakan MBK" Roboh Dinding 'Partition' Tanpa Siasatan, Perbicaraan
"Kesalahan?... Tiada kebenaran MBK untuk buat dinding sekatan (Partition) dalam premis" demikian kenyataan kesal dan kekecewaan yang dibuat oleh warga bandaraya ini, Wan Alhamdulillah Wan Abd Rahman dalam posting terbaharu facebook beliau https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227896925154596&id=1415282059).
Wan Alhamdulillah yang juga merupakan mantan Yang DiPertua, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang itu berkata tindakan yang dilakukan amatlah dikesali sama sekali kerana ia berlaku ketika musim PKP dan pandemik Covid-19 yang masih melanda sekarang ini.
Beliau berpandangan, sepatutnya Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sekadar keluarkan saman RM500 dan arahkan pemilik untuk buat permohonan membina dinding sekatan (partition) RM70 serta denda sebanyak RM350. Itu sudah memadai, katanya.
Beliau turut memuatnaik dua keping notis saman yang dikeluarkan oleh PBT terbabit. Difahamkan kejadian berlaku melibatkan sebuah premis di Medan Warisan dekat sini.
"Tak perlu sampai arah tutup dan roboh binaan melainkan pemilik sebelum ini telah dikompaun atas kesalahan yang sama dan masih ingkar notis yang pernah dikeluarkan kepadanya," tambah beliau lagi.
Beliau turut menegaskan, dalam keadaan peniaga sedang bergelut dengan pelbagai masalah berikutan penguncupan ekonomi akibat pandemik Covid-19 sekarang ini.
Maka sewajarnya pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) lebih mengutamakan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga mengikuti SOP yang telah ditetapkan bagi menghentikan penularan Covid-19 demi kesejahteraan rakyat.
Beliau turut mengingatkan usahawan yang membeli atau menyewa premis pastikan penjual atau pemberi sewa menyerahkan pelan ubahsuai bangunan terkini yang telah diluluskan oleh pihak PBT bagi mengelakkan disaman dan dan diambil tindakan.
"Sebagai rakyat marhaen, saya mohon pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersikap lebih mesra rakyat dan bertindak mengikut kewajaran situasi supaya disenangi semua pihak. Kepada kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan, bekerjalah demi rezeki yang halal untuk keluarga insyaallah lebih diberkati Allah SWT, " tambah Pengerusi Koperasi Usaha Melayu Pahang Berhad itu lagi. #sumber
Demikianlah Artikel Warga Kuantan Kecewa "Tindakan MBK" Roboh Dinding 'Partition' Tanpa Siasatan, Perbicaraan
Anda sekarang membaca artikel Warga Kuantan Kecewa "Tindakan MBK" Roboh Dinding 'Partition' Tanpa Siasatan, Perbicaraan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/warga-kuantan-kecewa-tindakan-mbk-roboh.html
0 Response to "Warga Kuantan Kecewa "Tindakan MBK" Roboh Dinding 'Partition' Tanpa Siasatan, Perbicaraan"
Catat Ulasan