Judul : Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Di Terima Jadi Komponen Baharu PH !
link : Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Di Terima Jadi Komponen Baharu PH !
Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Di Terima Jadi Komponen Baharu PH !
KUALA LUMPUR - Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang berpangkalan di Sabah menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai parti komponen keempat gabungan pembangkang itu, selain PKR, DAP dan Amanah.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan berkata, UPKO memohon untuk menyertai PH dan Majlis Presidennya bersetuju menerima bekas parti komponen Barisan Nasional itu.
“PH percaya penyertaan UPKO ini akan terus memperkukuh kerjasama, terutama dalam persiapan menuju pilihan raya umum ke-15,” katanya dalam kenyataan.
Saifuddin berkata, pintu PH sentiasa terbuka kepada parti pembangkang lain untuk bekerjasama atau menyertai mereka.
Perkembangan terbaharu ini menyusul laporan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan menemui pemimpin parti pembangkang lain untuk mempelawa mereka menyertai PH atau bekerjasama di bawah konsep “khemah besar” untuk mengukuhkan blok pembangkang.
Menurut laporan, pertemuan ketua parti pembangkang akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan isu politik semasa, termasuk persiapan menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula 6 Sept ini.
Sebelum ini, tiga wakil rakyat PH menggesa gabungan itu mempelawa parti pembangkang lain seperti Warisan, MUDA, Pejuang, UPKO dan PSB secara rasmi untuk menyertai mereka. #sumber
Demikianlah Artikel Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Di Terima Jadi Komponen Baharu PH !
Anda sekarang membaca artikel Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Di Terima Jadi Komponen Baharu PH ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/parti-pertubuhan-kinabalu-progresif.html
0 Response to "Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Di Terima Jadi Komponen Baharu PH !"
Catat Ulasan