Loading...

Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan, Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan !

Loading...
Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan, Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan, Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan, Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan !
link : Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan, Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan !

Baca juga


Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan, Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan !

 

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disarankan kembali menyokong Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan baharu, sekali gus memberi ruang pakatan itu mewujudkan kerajaan perpaduan bagi menjamin kestabilan politik.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, cadangan itu dikemukakan memandangkan Muhyiddin secara jelas sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen susulan keputusan UMNO menarik sokongan terhadap beliau.

Beliau turut berpendapat Perdana Menteri itu tidak perlu menunggu sehingga pelaksanaan sidang Parlimen pada bulan September ini untuk menentukan keabsahan sokongan majoriti, sebaliknya Muhyiddin perlu segera menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan meletak jawatan Perdana Menteri.

"Seruan kepada Muhyiddin setelah beliau menyebabkan seluruh negara porak-peranda selepas 'Langkah Sheraton', beliau perlu meletakkan PH menjadi kerajaan semula dengan kembali menyokong kami.

"Muhyiddin kena meletakkan jawatan sebagaimana dilakukan (bekas Perdana Menteri dua kali) Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lalu, serah kembali kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menentukan siapa yang mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

"Dengan Muhyiddin kembali ke pangkal jalan, PH sudah cukup majoriti untuk bentuk kerajaan dan kami akan usahakan pula pembentukan kerajaan perpaduan dengan memujuk UMNO menyertainya," katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus Muhyiddin dikatakan bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Dakwaan itu tercetus susulan tekanan berterusan daripada UMNO yang sudah mengutuskan empat warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membuktikan pendirian sekurang-kurangnya 15 ahli Parlimen parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin ketika ini. #sumber



Demikianlah Artikel Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan, Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan !

Sekianlah artikel Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan, Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan, Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/muhyiddin-perlulah-kembali-sokong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan, Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan !"

Catat Ulasan

Loading...