Judul : Pejabat Perdana Menteri (PMO) 'Nafi' Dakwaan Muhyiddin, SPR Bermesyuarat Bincang PRU-15
link : Pejabat Perdana Menteri (PMO) 'Nafi' Dakwaan Muhyiddin, SPR Bermesyuarat Bincang PRU-15
Pejabat Perdana Menteri (PMO) 'Nafi' Dakwaan Muhyiddin, SPR Bermesyuarat Bincang PRU-15
KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin bermesyuarat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi membincangkan kaedah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam situasi pandemik COVID-19.
Penafian itu disertakan dengan gambar kenyataan media mengandungi dakwaan berkenaan, diedarkan melalui aplikasi kumpulan WhatsApp bersama media sebentar tadi.
Terdahulu, kenyataan palsu itu mendakwa Perdana Menteri, antara lain mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPR yang mengemukakan cadangan amat praktikal bagi memastikan PRU-15 yang akan diadakan tidak lama lagi, berjalan lancar dan selamat.
Melalui mesyuarat turut didakwa dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu, kerajaan didakwa akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti cadangan dikemukakan SPR, termasuk syor mengehadkan hak mengundi kepada individu lengkap vaksinasi. #sumber
Demikianlah Artikel Pejabat Perdana Menteri (PMO) 'Nafi' Dakwaan Muhyiddin, SPR Bermesyuarat Bincang PRU-15
Anda sekarang membaca artikel Pejabat Perdana Menteri (PMO) 'Nafi' Dakwaan Muhyiddin, SPR Bermesyuarat Bincang PRU-15 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/pejabat-perdana-menteri-pmo-nafi.html

0 Response to "Pejabat Perdana Menteri (PMO) 'Nafi' Dakwaan Muhyiddin, SPR Bermesyuarat Bincang PRU-15"
Catat Ulasan