Loading...

Parlimen Akan Bahas, Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini !

Loading...
Parlimen Akan Bahas, Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parlimen Akan Bahas, Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parlimen Akan Bahas, Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini !
link : Parlimen Akan Bahas, Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini !

Baca juga


Parlimen Akan Bahas, Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini !

 

PUTRAJAYA - Usul bagi membahas dan mengungkai Ordinan-Ordinan Darurat boleh dibawa ke sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, sebelum ini proses pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong seperti mana disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu, tidak dapat disempurnakan.

"Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit.

"Maka selaras titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, usul untuk membahas dan seterusnya mengungkai Ordinan-Ordinan Darurat itu boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September 2021," katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, usul membabitkan pembatalan Ordinan-Ordinan darurat akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Katanya, ia diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat secara harmoni dan berperlembagaan.

Khamis lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataannya berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, semasa majlis menghadap secara maya 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, tidak dilaksanakan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya kemudian memaklumkan, semua tindakan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Pejabat Perdana Menteri juga menyebut, Yang di-Pertuan Agong sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang terkandung dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan. #sumber



Demikianlah Artikel Parlimen Akan Bahas, Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini !

Sekianlah artikel Parlimen Akan Bahas, Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Parlimen Akan Bahas, Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/parlimen-akan-bahas-ungkai-ordinan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Parlimen Akan Bahas, Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini !"

Catat Ulasan

Loading...