Loading...

UMNO Tidak Akan Khianati Kerajaan PN, Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan

Loading...
UMNO Tidak Akan Khianati Kerajaan PN, Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Tidak Akan Khianati Kerajaan PN, Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Tidak Akan Khianati Kerajaan PN, Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan
link : UMNO Tidak Akan Khianati Kerajaan PN, Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan

Baca juga


UMNO Tidak Akan Khianati Kerajaan PN, Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan

 

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin, menegaskan parti itu tidak akan sesekali mengkhianati kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditubuhkan secara bersama.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh ahli UMNO untuk terus bersama Timbalan Perdana Menteri, yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen dalam menyokong kerajaan.

"Kita tidak mahu UMNO sewaktu dalam keadaan badai dan ribut ini menebuk lubang pada bahtera kita. Kita tak nak UMNO khianati kerajaan yang kita tubuh hari ini," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menerima kunjungan hormat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di pejabatnya, hari ini.

Sementara itu, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata saranan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya parti itu menyokong PN tetapi tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri adalah tidak praktikal.

"Kalau nak amal dalam UMNO, kita boleh cuba. Sokong UMNO tetapi tidak sokongan Presiden. Kalau berjaya dalam UMNO, baru kita cadang kepada parti lain," katanya.

Zahidi berkata, sehingga hari ini, kerajaan PN masih stabil dengan dokongan majoriti Ahli Parlimen terdiri daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN), PN dan parti Sabah serta Sarawak.

Katanya, Ahli Parlimen BN umpamanya, mengadakan pertemuan untuk membincangkan perkara itu dan 40 daripada mereka menandatangani surat perakuan menyokong kerajaan PN.

Katanya, tiga Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga turut menyatakan sokongan mereka, namun Zahidi tidak memberi sebarang perincian.

"Kalau boleh, Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sokonglah. Kita adalah kerajaan bersama, yang Timbalan Perdana Menterinya dari UMNO. Kenapa kita tak mahu tandatangan (surat perakuan)?

"Selepas masalah COVID-19 selesai dan ada Pilihan Raya Umum (PRU), kita ikut keputusan Perhimpunan Agung UMNO iaitu beri sokongan sehingga PRU," katanya.

Antara resolusi Perhimpunan Agung UMNO 2020 ialah Ahli Parlimen UMNO dan BN tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan. #sumber



Demikianlah Artikel UMNO Tidak Akan Khianati Kerajaan PN, Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan

Sekianlah artikel UMNO Tidak Akan Khianati Kerajaan PN, Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Tidak Akan Khianati Kerajaan PN, Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/umno-tidak-akan-khianati-kerajaan-pn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "UMNO Tidak Akan Khianati Kerajaan PN, Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan"

Catat Ulasan

Loading...