Judul : Ahli Parlimen Rompin, Hasan Ariffin Di Lantik Jadi Pengerusi TNB Berkuat Kuasa 1 Oktober !
link : Ahli Parlimen Rompin, Hasan Ariffin Di Lantik Jadi Pengerusi TNB Berkuat Kuasa 1 Oktober !
Ahli Parlimen Rompin, Hasan Ariffin Di Lantik Jadi Pengerusi TNB Berkuat Kuasa 1 Oktober !
Hasan, 68, menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar sejak 30 Ogos lalu
Hasan menerusi kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas kepercayaan dan amanah yang diberikan itu.
“Dalam memegang jawatan ini, saya bertanggungjawab terhadap semua pemegang saham dan lebih utamanya pemegang amanah,” katanya.
Beliau berkata, terdapat lebih 60% saham TNB dimiliki syarikat berkaitan kerajaan seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Katanya, beliau akan meneruskan kecemerlangan yang dicapai pimpinan terdahulu dengan memastikan pulangan dividen adil dan berpatutan kepada semua pemegang saham, selain mengamalkan amalan tadbir urus yang baik, telus serta bertanggungjawab.
Hasan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Pahang dari 1995 hingga 1999, mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dari 2015 hingga 2018 dan Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad pada tahun lalu.
Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Lembaga Pembangunan Wilayah Pahang Tenggara (DARA) dari 1995 hingga 1998, menganggotai Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sejak 1991 hingga 1995 dan UDA Holdings Berhad (2010 hingga 2015). #sumber
Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Rompin, Hasan Ariffin Di Lantik Jadi Pengerusi TNB Berkuat Kuasa 1 Oktober !
Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Rompin, Hasan Ariffin Di Lantik Jadi Pengerusi TNB Berkuat Kuasa 1 Oktober ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/ahli-parlimen-rompin-hasan-ariffin-di.html
0 Response to "Ahli Parlimen Rompin, Hasan Ariffin Di Lantik Jadi Pengerusi TNB Berkuat Kuasa 1 Oktober !"
Catat Ulasan