Loading...

'Malapetaka' Apa Landa Sri Pahang? Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir !

Loading...
'Malapetaka' Apa Landa Sri Pahang? Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Malapetaka' Apa Landa Sri Pahang? Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Malapetaka' Apa Landa Sri Pahang? Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir !
link : 'Malapetaka' Apa Landa Sri Pahang? Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir !

Baca juga


'Malapetaka' Apa Landa Sri Pahang? Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir !

KUALA LUMPUR - Sri Pahang FC jelas berada dalam situasi 'bencana' apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir yang diharungi pasukan itu di kancah Liga Super dan Piala Malaysia.

Dalam enam perlawanan terakhir Liga Super, mereka tewas lima daripadanya dan hanya seri sekali - kemenangan terakhir mereka adalah pada 1 Ogos ketika menewaskan PJ City FC 1-0.

Malah, skuad Tok Gajah turut membuka kempen Piala Malaysia musim ini dengan rentak sumbang apabila tewas dua aksi berturut-turut dengan yang terbaru, diaibkan 1-0 oleh naib juara Liga Perdana, Sarawak United, semalam.

Jadi rekod kurang memberangsangkan ini menimbulkan persoalan kepada nasib pengendali skuad itu, Dollah Salleh.

Namun, bekas pengendali skuad kebangsaan dilihat masih mendapat kepercayaan tinggi daripada pengurusan sekalipun berdepan prestasi hambar, tidak seperti Thomas Dooley yang terus 'direhatkan' selepas tewas dua aksi pertama di Liga Super.

Apapun, kekalahan demi kekalahan hanya satu 'cerita' di sebalik Sri Pahang musim ini kerana ada masalah lebih besar buat mereka - Sri Pahang hanya meledak mampu meledak empat gol dalam lapan perlawanan terakhir termasuk satu di Piala Malaysia setakat ini.

Jelas ketumpulan jentera serangan pasukan itu menjadi 'masalah besar' yang dibimbangi Dollah dengan dia turut mengakui situasi terbabit 'merosakkan' keseluruhan pasukan selepas mereka tewas 1-0 di tangan Sarawak.

"Kita main setakat di tengah padang dan tidak mencipta peluang. Dalam bola sepak, kita akan menerima padahnya kalau tidak menjaringkan gol. Mencipta satu peluang untuk jaringkan gol pun sukar.

"Inilah masalah yang kita hadapi. Memang saya sendiri duduk di luar (tertanya) bila masa kita mahu jaringkan gol. Kita cuba pelbagai cara ketika latihan tetapi perkara sama juga berlaku," katanya.

Pada masa sama, Dollah juga mahukan anak buahnya bermain dengan semangat berpasukan dan tidak sekadar beraksi secara individu seperti yang ditunjukkan pada aksi berdepan Sarawak itu.

"Saya harapkan disiplin pemain bagaimana mahu turun dan sebagainya, apabila kita kehilangan bola kita kena turun. Tetapi masing masing nampak individu, itu yang membuatkan pasukan seperti masih lagi tercari cari rentak.

"Perjalanan kita daripada bahagian tengah ke penyerang sentiasa tersangkut dan pasukan lawan mudah mematahkan bahagian serangan. Apabila benda tidak jadi di depan, ia memberi kesan kepada keseluruhan pasukan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel 'Malapetaka' Apa Landa Sri Pahang? Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir !

Sekianlah artikel 'Malapetaka' Apa Landa Sri Pahang? Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Malapetaka' Apa Landa Sri Pahang? Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/malapetaka-apa-landa-sri-pahang-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Malapetaka' Apa Landa Sri Pahang? Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir !"

Catat Ulasan

Loading...