Judul : Tiga Lokaliti Di Pahang Akan Di Kenakan PKPD Selama Dua Minggu, Bermula Pada Hari Esok
link : Tiga Lokaliti Di Pahang Akan Di Kenakan PKPD Selama Dua Minggu, Bermula Pada Hari Esok
Tiga Lokaliti Di Pahang Akan Di Kenakan PKPD Selama Dua Minggu, Bermula Pada Hari Esok
KUALA LUMPUR - Tiga lokaliti di Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu, bermula esok.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD akan dilaksanakan di Kampung Bukit Serdang di Bera bermula esok hingga 14 Oktober ini.
"PKPD di Pahang turut membabitkan Ladang FELDA Kechau 9, Mukim Kechau dan Taman Teratai, Mukim Budu di Lipis bermula Sabtu ini hingga 15 Oktober ini.
"Keputusan melaksanakan PKPD di tiga lokaliti terbabit selepas kerajaan meneliti penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Rodzi berkata, kerajaan hari ini juga memutuskan untuk menamatkan PKPD empat lokaliti di Pahang termasuk tiga perkampungan Orang Asli di Temerloh yang dikenakan perintah itu sejak 4 September lalu.
"PKPD Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.
"Selain itu, PKPD Penjara Penor di Kuantan juga ditamatkan esok," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Tiga Lokaliti Di Pahang Akan Di Kenakan PKPD Selama Dua Minggu, Bermula Pada Hari Esok
Anda sekarang membaca artikel Tiga Lokaliti Di Pahang Akan Di Kenakan PKPD Selama Dua Minggu, Bermula Pada Hari Esok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/tiga-lokaliti-di-pahang-akan-di-kenakan.html

0 Response to "Tiga Lokaliti Di Pahang Akan Di Kenakan PKPD Selama Dua Minggu, Bermula Pada Hari Esok"
Catat Ulasan