Loading...

Anak 'Setahun Lapan Bulan' Di Khuatiri Mati Lemas Ketika Kereta Di Parkir Tepi Sungai !

Loading...
Anak 'Setahun Lapan Bulan' Di Khuatiri Mati Lemas Ketika Kereta Di Parkir Tepi Sungai ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak 'Setahun Lapan Bulan' Di Khuatiri Mati Lemas Ketika Kereta Di Parkir Tepi Sungai !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak 'Setahun Lapan Bulan' Di Khuatiri Mati Lemas Ketika Kereta Di Parkir Tepi Sungai !
link : Anak 'Setahun Lapan Bulan' Di Khuatiri Mati Lemas Ketika Kereta Di Parkir Tepi Sungai !

Baca juga


Anak 'Setahun Lapan Bulan' Di Khuatiri Mati Lemas Ketika Kereta Di Parkir Tepi Sungai !

KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan dikhuatiri lemas selepas dipercayai keluar dari kereta bapanya yang diparkir berhampiran sungai Felda Jengka 4, dekat Maran pada tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, Muhammad Abdullah Saiful Bahari disedari tiada di tempat duduk kereta tersebut pada 1 tengah hari, iaitu kira-kira 15 minit selepas bapanya meninggalkan dia berseorangan di situ.

"Bapa mangsa (Muhammad Abdullah) mendakwa meninggalkan mangsa di dalam kereta dengan keadaan pintu terbuka. Sebaik sahaja menyedari mangsa tiada, bapa mangsa telah bertanya kepada kakak dan abang mangsa yang berusia enam serta lapan tahun, namun mereka juga tidak menyedari bila mangsa berjalan keluar dari kereta.

"Mereka cuba mencari mangsa di kawasan berhampiran sebelum bapa mangsa mendakwa menjumpai kesan tapak kaki kanak-kanak di tepi sungai menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya terjatuh di situ," katanya semasa dihubungi pada Khamis.

Norzamri berkata, sungai itu terletak di dalam ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari jalan utama.

Beliau berkata, bapa mangsa kemudian meminta bantuan orang kampung untuk mencari anaknya di sungai sebelum pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian pada 4 petang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pada petang Rabu melibatkan polis, bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia, namun dihentikan pada 8 malam kerana cuaca mulai gelap.

"Operasi SAR bersambung pagi ini dengan melibatkan anjing pengesan untuk mencari jejak akhir mangsa sama ada di sungai atau di hutan berhampiran," katanya.  #sumber



Demikianlah Artikel Anak 'Setahun Lapan Bulan' Di Khuatiri Mati Lemas Ketika Kereta Di Parkir Tepi Sungai !

Sekianlah artikel Anak 'Setahun Lapan Bulan' Di Khuatiri Mati Lemas Ketika Kereta Di Parkir Tepi Sungai ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak 'Setahun Lapan Bulan' Di Khuatiri Mati Lemas Ketika Kereta Di Parkir Tepi Sungai ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/anak-setahun-lapan-bulan-di-khuatiri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anak 'Setahun Lapan Bulan' Di Khuatiri Mati Lemas Ketika Kereta Di Parkir Tepi Sungai !"

Catat Ulasan

Loading...