Loading...

Kanak-Kanak "Hilang" Dari Kereta Bapanya Di Tepi Sungai Di Jengka 4 Di Temui Mati Lemas !

Loading...
Kanak-Kanak "Hilang" Dari Kereta Bapanya Di Tepi Sungai Di Jengka 4 Di Temui Mati Lemas ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-Kanak "Hilang" Dari Kereta Bapanya Di Tepi Sungai Di Jengka 4 Di Temui Mati Lemas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-Kanak "Hilang" Dari Kereta Bapanya Di Tepi Sungai Di Jengka 4 Di Temui Mati Lemas !
link : Kanak-Kanak "Hilang" Dari Kereta Bapanya Di Tepi Sungai Di Jengka 4 Di Temui Mati Lemas !

Baca juga


Kanak-Kanak "Hilang" Dari Kereta Bapanya Di Tepi Sungai Di Jengka 4 Di Temui Mati Lemas !

MARAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun yang hilang ketika dibawa bapanya ke sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 4 semalam ditemui lemas di Sungai Jempol di sini hari ini.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa, Muhammad Abdullah Saiful Bahari bersama kakak dan abangnya yang berusia lapan dan enam tahun berada di dalam kereta sebelum mangsa hilang tanpa disedari.

Ketua Balai Bomba Jengka, Raja Mohd Arif Raja Shamsuddin berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 10.37 pagi hari ini oleh pasukan mencari dan menyelamat.

“Mayat mangsa yang dalam keadaan tenggelam ditemui tersangkut pada reba kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Mayat yang dalam keadaan sempurna dan baik itu telah dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Raja Mohd Arif operasi mencari dan menyelamat mangsa dimulakan petang semalam melibatkan bomba, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung sebelum ditangguhkan serta disambung semula hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal, ayah mangsa menyedari kehilangan mangsa pada pukul 1 petang apabila mangsa tiada di dalam kereta.

Katanya, kakak dan abang mangsa yang berada di dalam kereta tidak menyedari mangsa keluar dari kereta dan semasa kejadian pintu kereta berkenaan terbuka.

“Ayah mangsa bersama anaknya telah mencari mangsa di kawasan sekitar dan menemui kesan tapak kaki kanak-kanak di tepi sungai berhampiran tempat tersebut.

“Ayah mangsa yang mengesyaki mangsa terjatuh ke dalam sungai kemudiannya telah meminta bantuan orang kampung untuk mencari mangsa,”ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel Kanak-Kanak "Hilang" Dari Kereta Bapanya Di Tepi Sungai Di Jengka 4 Di Temui Mati Lemas !

Sekianlah artikel Kanak-Kanak "Hilang" Dari Kereta Bapanya Di Tepi Sungai Di Jengka 4 Di Temui Mati Lemas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-Kanak "Hilang" Dari Kereta Bapanya Di Tepi Sungai Di Jengka 4 Di Temui Mati Lemas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/kanak-kanak-hilang-dari-kereta-bapanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-Kanak "Hilang" Dari Kereta Bapanya Di Tepi Sungai Di Jengka 4 Di Temui Mati Lemas !"

Catat Ulasan

Loading...