Judul : Covid-19: Seramai 737 Orang Di Pahang Hilang Pekerjaan 1 Januari Sehingga 15 Oktober Lalu !
link : Covid-19: Seramai 737 Orang Di Pahang Hilang Pekerjaan 1 Januari Sehingga 15 Oktober Lalu !
Covid-19: Seramai 737 Orang Di Pahang Hilang Pekerjaan 1 Januari Sehingga 15 Oktober Lalu !
KUANTAN - Seramai 737 orang atau 1.38 peratus di Pahang kehilangan pekerjaan bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Oktober lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata jumlah itu berdasarkan statistik oleh Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara MYFutureJobs.
Katanya, statistik tertinggi kehilangan pekerjaan yang direkodkan ialah membabitkan 111 kes pada Mac lalu.
"Sektor pembuatan merekodkan jumlah tertinggi iaitu 191kes, diikuti sektor pemborongan dan peruncitan (175 kes) serta sektor penginapan dan makanan dan minuman (81 kes)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya Pahang di pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pahang, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, sebanyak 200 bakul prihatin daripada PERKESO dan badan bukan kerajaan (NGO) turut disampaikan kepada pemandu teksi yang terkesan COVID-19 melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
Mengulas Karnival Karnival Penjana Kerjaya Pahang yang berlangsung dua hari bermula hari ini, Wan Rosdy berkata, sebanyak 3,800 jawatan kosong daripada 20 majikan ditawarkan.
Katanya, kira-kira 1,000 orang termasuk golongan graduan dan penganggur dijangka mengambil bahagian dalam karnival itu. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Seramai 737 Orang Di Pahang Hilang Pekerjaan 1 Januari Sehingga 15 Oktober Lalu !
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Seramai 737 Orang Di Pahang Hilang Pekerjaan 1 Januari Sehingga 15 Oktober Lalu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/covid-19-seramai-737-orang-di-pahang.html
0 Response to "Covid-19: Seramai 737 Orang Di Pahang Hilang Pekerjaan 1 Januari Sehingga 15 Oktober Lalu !"
Catat Ulasan