Loading...

PRN Melaka: Belum Ada Perbincangan Rasmi Pembahagian Kerusi MN Bagi PAS Dan UMNO

Loading...
PRN Melaka: Belum Ada Perbincangan Rasmi Pembahagian Kerusi MN Bagi PAS Dan UMNO - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRN Melaka: Belum Ada Perbincangan Rasmi Pembahagian Kerusi MN Bagi PAS Dan UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRN Melaka: Belum Ada Perbincangan Rasmi Pembahagian Kerusi MN Bagi PAS Dan UMNO
link : PRN Melaka: Belum Ada Perbincangan Rasmi Pembahagian Kerusi MN Bagi PAS Dan UMNO

Baca juga


PRN Melaka: Belum Ada Perbincangan Rasmi Pembahagian Kerusi MN Bagi PAS Dan UMNO

 

MELAKA - Belum ada perbincangan rasmi antara PAS dengan UMNO Melaka berhubung pembahagian kerusi dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Kamarudin Sidek, berkata yang ada sekarang hanyalah 'perbincangan di kedai kopi' bersama rakan UMNO berkaitan situasi politik semasa di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAS masih menanti jemputan rasmi daripada UMNO untuk berbincang dan bersedia memberikan kerjasama bagi memastikan kesejahteraan politik masyarakat Melayu dan Islam.

"Belum ada lagi (perbincangan rasmi) antara PAS dan UMNO berhubung PRN Melaka, yang ada sekarang hanyalah borak dengan rakan UMNO di kedai kopi," katanya kepada BH, hari ini.

Sehubungan itu, Kamarudin menolak desas-desus kononnya PAS sudah mengadakan perbincangan secara sulit dengan UMNO mengenai pembahagian kerusi yang bakal ditandingi.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS sudah berbincang dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) Melaka mengenai pembahagian kerusi dan bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

Susulan itu, beliau menyifatkan kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang PN akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai sekadar untuk 'menguji gelanggang perang.'

Katanya, Muhyiddin dipercayai cuba menimbulkan provokasi terhadap UMNO sekadar untuk menguji situasi politik menjelang penamaan calon pada 8 November ini.

Muhyiddin dilaporkan berkata, PN sudah menjangka keputusan UMNO enggan bekerjasama dengan BERSATU, tetapi mengambil pendekatan berhemah untuk menunggu UMNO menyatakan pendirian.

Muhyiddin dipetik berkata, rundingan dalam kalangan parti PN, termasuk PAS dan GERAKAN akan diadakan segera untuk memastikan kemenangan gabungan itu dalam PRN.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah 'mengendurkan tali yang sebelum ini ditarik tegang' apabila menyatakan kerjasama UMNO dengan PN akan dibawa ke perbincangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, keputusan muktamad kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan PN akan diumumkan apabila mesyuarat Biro Politik dan MKT yang diikuti mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebelum penamaan calon.

Sehubungan itu, Kamarudin berkata, PAS sentiasa bersedia memberi kerjasama kepada mana-mana parti yang ingin memelihara kepentingan Melayu dan Islam.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Kamarudin yang bertanding di DUN Duyong tewas kepada Damian Baba Yoe daripada DAP.

PAS Melaka bertanding 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka pada pilihan raya berkenaan tetapi tidak tewas semuanya. #sumber



Demikianlah Artikel PRN Melaka: Belum Ada Perbincangan Rasmi Pembahagian Kerusi MN Bagi PAS Dan UMNO

Sekianlah artikel PRN Melaka: Belum Ada Perbincangan Rasmi Pembahagian Kerusi MN Bagi PAS Dan UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRN Melaka: Belum Ada Perbincangan Rasmi Pembahagian Kerusi MN Bagi PAS Dan UMNO dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/prn-melaka-belum-ada-perbincangan-rasmi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRN Melaka: Belum Ada Perbincangan Rasmi Pembahagian Kerusi MN Bagi PAS Dan UMNO"

Catat Ulasan

Loading...