Judul : Dua Lokaliti Di Pahang, Perak 'Tamat' Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Esok
link : Dua Lokaliti Di Pahang, Perak 'Tamat' Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Esok
Dua Lokaliti Di Pahang, Perak 'Tamat' Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Esok
KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti masing-masing satu di Pahang dan Perak, ditamatkan esok.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata penamatan PKPD itu membabitkan Kampung Sungai Padi, Lipis, Pahang dan Kampung Orang Asli Sungai Chadak, Tanjung Rambutan, Perak.
"PKPD di Kampung Sungai Padi, Lipis, Pahang mula dilaksanakan sejak 19 September lalu manakala Kampung Orang Asli Sungai Chadak, Tanjung Rambutan, Perak, mulai 3 Oktober lalu.
"Selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa, PKPD di dua lokaliti terbabit ditamatkan mengikut jadual, esok," katanya dalam kenyataan malam ini. #sumber
Demikianlah Artikel Dua Lokaliti Di Pahang, Perak 'Tamat' Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Esok
Anda sekarang membaca artikel Dua Lokaliti Di Pahang, Perak 'Tamat' Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Esok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/dua-lokaliti-di-pahang-perak-tamat.html
0 Response to "Dua Lokaliti Di Pahang, Perak 'Tamat' Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Esok"
Catat Ulasan