Judul : Skuad Badminton 'Piala Thomas' Malaysia Pula Tersingkir Kepada Musuh Tradisi Indonesia 0-3
link : Skuad Badminton 'Piala Thomas' Malaysia Pula Tersingkir Kepada Musuh Tradisi Indonesia 0-3
Skuad Badminton 'Piala Thomas' Malaysia Pula Tersingkir Kepada Musuh Tradisi Indonesia 0-3
KUALA LUMPUR - Perjuangan skuad badminton negara dalam kempen Piala Thomas berakhir selepas tewas 0-3 di tangan musuh tradisi, Indonesia pada aksi suku akhir di Aarhus, Denmark, malam tadi.
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia gagal dalam misi mengutip mata pertama selepas tewas kepada Jonathan Christie - lawan yang ditewaskannya ketika suku akhir Piala Sudirman dua minggu lalu - 15-21, 17-21.
Harapan yang diletakkan ke atas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk kembali menyamakan kedudukan juga tidak kesampaian apabila mereka tunduk di tangan pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideo-Kevin Sanjaya Sukamuljo 17-21, 21-16, 15-21.
Bintang muda negara, Ng Tze Yong yang menggalas tanggungjawab sebagai perseorangan kedua memberikan petanda positif dalam awal perlawanannya untuk sekurang-kurangnya menghidupkan kembali perjuangan skuad negara tetapi terpaksa akur tewas dalam pertarungan tiga set di tangan Jonathan Christie 21-14, 19-21, 16-21.
Keputusan itu menyaksikan skrip sama berulang buat Malaysia apabila turut tewas di tangan Indonesia di peringkat yang sama pada edisi 2018 di Bangkok. #sumber
Demikianlah Artikel Skuad Badminton 'Piala Thomas' Malaysia Pula Tersingkir Kepada Musuh Tradisi Indonesia 0-3
Anda sekarang membaca artikel Skuad Badminton 'Piala Thomas' Malaysia Pula Tersingkir Kepada Musuh Tradisi Indonesia 0-3 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/skuad-badminton-piala-thomas-malaysia.html
0 Response to "Skuad Badminton 'Piala Thomas' Malaysia Pula Tersingkir Kepada Musuh Tradisi Indonesia 0-3"
Catat Ulasan