Loading...

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos 'Penggalak' Kepada Petugas Barisan Hadapan !

Loading...
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos 'Penggalak' Kepada Petugas Barisan Hadapan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos 'Penggalak' Kepada Petugas Barisan Hadapan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos 'Penggalak' Kepada Petugas Barisan Hadapan !
link : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos 'Penggalak' Kepada Petugas Barisan Hadapan !

Baca juga


Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos 'Penggalak' Kepada Petugas Barisan Hadapan !

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang melaksanakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada petugas kesihatannya secara berperingkat mulai hari ini, kata Pengarahnya Datuk Dr Nor Azimi Yunus.

Beliau berkata sebagai permulaan, pemberian dos penggalak vaksin jenis Pfizer telah diberikan kepada petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Hospital Pekan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) dan Hospital Jengka.

Selain hospital, katanya petugas kesihatan di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) di Pekan, Temerloh, Bentong, Bera, Cameron Highlands, Raub dan Lipis turut menerima suntikan dos penggalak itu. 

"Mengikut data yang kita peroleh setakat 5 petang ini, sejumlah 321 petugas di HTAA, Hospital Pekan dan HoSHAS sudah menerima suntikan tersebut. Pemberian dos penggalak ini akan diteruskan ke daerah-daerah lain di negeri ini secara berperingkat," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Bagi golongan warga emas dan komorbid, Dr Nor Azimi berkata mereka akan diberikan dos penggalak dalam masa terdekat dan akan mendapat tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), dengan matlamat memastikan tempoh perlindungan optimum diperoleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia. #sumber



Demikianlah Artikel Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos 'Penggalak' Kepada Petugas Barisan Hadapan !

Sekianlah artikel Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos 'Penggalak' Kepada Petugas Barisan Hadapan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos 'Penggalak' Kepada Petugas Barisan Hadapan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/jabatan-kesihatan-negeri-pahang-berikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos 'Penggalak' Kepada Petugas Barisan Hadapan !"

Catat Ulasan

Loading...