Judul : JPJ Pahang Berjaya Kesan Cubaan Lelaki Tiada Sejarah Vaksin, Naiki Bas Untuk Rentas Negeri
link : JPJ Pahang Berjaya Kesan Cubaan Lelaki Tiada Sejarah Vaksin, Naiki Bas Untuk Rentas Negeri
JPJ Pahang Berjaya Kesan Cubaan Lelaki Tiada Sejarah Vaksin, Naiki Bas Untuk Rentas Negeri
KUANTAN - Cubaan seorang lelaki tanpa sejarah vaksinasi menaiki bas untuk merentas negeri ke Selangor tidak berhasil selepas tindakannya dikesan pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang dalam pemeriksaan di Terminal Sentral Kuantan (TSK) di sini pada Isnin.
Lelaki warga tempatan berusia 25 tahun itu antara penumpang sebuah bas ekspres yang diperiksa kira-kira jam 8.00 malam sebelum kenderaan tersebut memulakan perjalanan.
Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, lelaki tersebut dipercayai membeli tiket perjalanan ke Klang secara dalam talian namun tidak menukar tiket tersebut di kaunter.
Menurutnya, lelaki itu sebaliknya menyusup masuk ke ruang menunggu dan terus menaiki bas dipercayai bagi mengelak tindakannya dikesan pihak berkuasa.
"Hasil pemeriksaan, lelaki itu didapati tiada sejarah vaksinanasi sebelum dia diarah turun dan membatalkan perjalanan," katanya ketika ditemui pada Program Advokasi JPJ Pahang bersama penunggang perkhidmatan p-hailing di Taman Kerang di sini pada Rabu.
Kamarul Iskandar berkata, pihaknya akan meneruskan pemantauan penumpang di terminal bas di negeri ini selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri bagi individu yang menerima vaksin lengkap bermula Isnin lalu.
Menurutnya, langkah itu bagi mengesan dan menghalang individu yang tidak cukup syarat merentas masuk atau keluar dari negeri ini melalui perkhidmatan bas.
"Pemeriksaan secara rawak akan dilakukan terhadap penumpang yang memulakan perjalanan atau tiba di terminal bas di negeri ini," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel JPJ Pahang Berjaya Kesan Cubaan Lelaki Tiada Sejarah Vaksin, Naiki Bas Untuk Rentas Negeri
Anda sekarang membaca artikel JPJ Pahang Berjaya Kesan Cubaan Lelaki Tiada Sejarah Vaksin, Naiki Bas Untuk Rentas Negeri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/jpj-pahang-berjaya-kesan-cubaan-lelaki.html
0 Response to "JPJ Pahang Berjaya Kesan Cubaan Lelaki Tiada Sejarah Vaksin, Naiki Bas Untuk Rentas Negeri"
Catat Ulasan