Judul : Kes Dakwaan 'Salah Guna Kuasa', MP Labuan Anggap Kerajaan Mahu Rosakkan Imej Beliau
link : Kes Dakwaan 'Salah Guna Kuasa', MP Labuan Anggap Kerajaan Mahu Rosakkan Imej Beliau
Kes Dakwaan 'Salah Guna Kuasa', MP Labuan Anggap Kerajaan Mahu Rosakkan Imej Beliau
KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, dan menganggap kerajaan mahu merosakkan reputasinya menjelang pilihan raya umum.
Terdahulu, laporan media menyebut Rozman bakal didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rozman mendakwa kerajaan cuba menuduhnya menyalahgunakan kuasa ketika menjadi ahli Lembaga Pelabuhan Labuan.
“Ini bukan perkara baharu. Mereka mencubanya sejak 2020. Tetapi saya tidak bimbang.
“Lagipun saya mahu memerangi kes salah guna kuasa dan rasuah. Jadi ini akan menjadi seperti ‘pengalaman langsung’ buat saya.
“Objektif pertama adalah untuk membuatkan saya menyertai mereka. Disebabkan itu gagal, cubaan kedua adalah untuk merosakkan reputasi saya sebelum pilihan raya umum akan datang”.
Menurut kenyataan SPRM, seorang Ahli Parlimen akan didakwa di mahkamah pada 9 pagi esok.
SPRM tidak mendedahkan identiti Ahli Parlimen berkenaan, namun sumber menamakan Rozman sebagai individu itu.
Sumber turut berkata, Rozman akan menghadapi tuduhan bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, sama ada untuk dirinya, saudara atau sekutu. #sumber
Demikianlah Artikel Kes Dakwaan 'Salah Guna Kuasa', MP Labuan Anggap Kerajaan Mahu Rosakkan Imej Beliau
Anda sekarang membaca artikel Kes Dakwaan 'Salah Guna Kuasa', MP Labuan Anggap Kerajaan Mahu Rosakkan Imej Beliau dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/kes-dakwaan-salah-guna-kuasa-mp-labuan.html
0 Response to "Kes Dakwaan 'Salah Guna Kuasa', MP Labuan Anggap Kerajaan Mahu Rosakkan Imej Beliau"
Catat Ulasan