Loading...

PH Dan Empat ADUN Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam 'Tarik Balik' Bubar DUN Melaka

Loading...
PH Dan Empat ADUN Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam 'Tarik Balik' Bubar DUN Melaka - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Dan Empat ADUN Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam 'Tarik Balik' Bubar DUN Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Dan Empat ADUN Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam 'Tarik Balik' Bubar DUN Melaka
link : PH Dan Empat ADUN Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam 'Tarik Balik' Bubar DUN Melaka

Baca juga


PH Dan Empat ADUN Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam 'Tarik Balik' Bubar DUN Melaka

 

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Hj Adly Zahari bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung pembubaran DUN.

Mereka yang turut mewakili 15 ADUN meminta baginda menasihati Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam menarik balik tindakan membubarkan DUN Melaka.

Surat itu disahkan oleh Adly.

Selasa lalu, Ali membubarkan DUN selepas empat ADUN menarik balik sokongan terhadap Sulaiman, meninggalkan pemerintahannya dengan hanya 13 kerusi di dewan yang mempunyai 28 kerusi.

Surat itu menyatakan bahawa berdasarkan perkara 8.2(b) Perlembagaan Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri tidak mempunyai budi bicara untuk mempersetujui permintaan Sulaiman untuk membubarkan DUN.

Menurut mereka, pembubaran itu harus dielakkan kerana akan membuka laluan untuk pilihan raya negeri (PRN) diadakan ketika usaha membendung Covid-19 masih dijalankan, ditambah pula negara masih dalam fasa pemulihan.

“Ini akan mengancam nyawa rakyat dan ekonomi negara pada ketika pandemik Covid-19 belum lagi terkawal dengan sepenuhnya”.

Kata mereka, Yang Dipertua Negeri seharusnya terlebih dahulu memanggil 28 ADUN untuk mengesahkan kehilangan majoriti, dan untuk mengesahkan sokongan untuk calon Ketua Menteri PH.

Proses itu juga tidak harus tergesa-gesa ketika Yang Dipertua Negeri sedang dalam tempoh kuarantin bermula 30 September hingga 7 Oktober, kata mereka.

Surat itu juga menyatakan bahawa Yang Dipertua Negeri berhak menolak nasihat Sulaiman kerana Melaka bukan lagi bawah pimpinannya. #sumber



Demikianlah Artikel PH Dan Empat ADUN Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam 'Tarik Balik' Bubar DUN Melaka

Sekianlah artikel PH Dan Empat ADUN Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam 'Tarik Balik' Bubar DUN Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Dan Empat ADUN Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam 'Tarik Balik' Bubar DUN Melaka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/ph-dan-empat-adun-mohon-agong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PH Dan Empat ADUN Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam 'Tarik Balik' Bubar DUN Melaka"

Catat Ulasan

Loading...