Judul : Dos Penggalak Bukanlah 'Mandatori', Tak Jejas Status Lengkap Vaksin Bagi Penerima Dua Dos
link : Dos Penggalak Bukanlah 'Mandatori', Tak Jejas Status Lengkap Vaksin Bagi Penerima Dua Dos
Dos Penggalak Bukanlah 'Mandatori', Tak Jejas Status Lengkap Vaksin Bagi Penerima Dua Dos
PETALING JAYA - Suntikan dos penggalak tidak akan menjejaskan status lengkap vaksin bagi mana-mana individu yang sudah menerima dua dos vaksin Covid-19, kata Menteri kesihatan Khairy Jamaluddin.
Tegasnya, dos penggalak berkenaan bukan mandatori tetapi hanya ditawarkan kepada mereka yang mempunyai komorbiditi, warga emas dan petugas barisan hadapan di peringkat awal.
“Dos penggalak bukan mandatori tetapi kita akan tawarkan bermula dengan warga emas yang ada komorbiditi, petugas barisan hadapan dan warga emas.
“Kita tidak akan paksa tetapi ia sangat digalakkan untuk ambil selepas enam bulan daripada dos kedua,” katanya pada sidang media.
Mengenai pil antiviral Molnupiravir, Khairy berkata, ubat berkenaan akan diberikan secara percuma kepada mereka yang menghidap Covid-19 Kategori 3 dan ke atas serta mereka yang bergejala selama lima hari, memandangkan ia berkesan untuk membantu merawat pesakit Covid-19 kategori kritikal.
“Kita beli juga pil ini memandangkan masih berlaku ‘ratio’ jangkitan, iaitu walapun lengkap divaksinasi, masih ada jangkitan bagi Kategori 3 dan ke atas serta kes di ICU.
“Sebab itu kita masih perlu pil rawatan ini di samping teruskan program imunisasi,” katanya yang menjelaskan pembelian pil bagi kegunaan 150,000 pesakit Covid-19 itu dibuat berdasarkan unjuran kes.
Terdahulu, Khairy dalam satu kenyataan berkata, kerajaan menandatangani surat akujanji pembelian ubat antiviral Molnupiravir sebagai pilihan tambahan rawatan inovatif baharu dalam melawan Covid-19.
Beliau berkata, menerusi perjanjian bersama Merck Sharp & Dohme itu, kerajaan bersetuju untuk membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap bagi merawat pesakit Covid-19. #sumber
Demikianlah Artikel Dos Penggalak Bukanlah 'Mandatori', Tak Jejas Status Lengkap Vaksin Bagi Penerima Dua Dos
Anda sekarang membaca artikel Dos Penggalak Bukanlah 'Mandatori', Tak Jejas Status Lengkap Vaksin Bagi Penerima Dua Dos dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/dos-penggalak-bukanlah-mandatori-tak.html
0 Response to "Dos Penggalak Bukanlah 'Mandatori', Tak Jejas Status Lengkap Vaksin Bagi Penerima Dua Dos"
Catat Ulasan