Loading...

Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan, Rela ‘Berkorban’ Demi Najib Razak Di Media Sosial

Loading...
Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan, Rela ‘Berkorban’ Demi Najib Razak Di Media Sosial - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan, Rela ‘Berkorban’ Demi Najib Razak Di Media Sosial, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan, Rela ‘Berkorban’ Demi Najib Razak Di Media Sosial
link : Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan, Rela ‘Berkorban’ Demi Najib Razak Di Media Sosial

Baca juga


Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan, Rela ‘Berkorban’ Demi Najib Razak Di Media Sosial

 

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor, yang berdepan tuduhan rasuah berkait projek solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak berkata, beliau menjadi sasaran serangan di media sosial ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Katanya, Najib pernah memberitahu kritikan itu sebenarnya terhadap pemimpin itu tetapi Rosmah yang menerima tempiasnya.

“Saya bersedia berkorban untuk suami. Saya terpaksa menerimanya kerana saya isteri ahli politik, lebih-lebih lagi Najib,” katanya ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Sri Ram: Kamu bersetuju kamu sangat mendapat perhatian berbanding isteri Perdana Menteri lain?

Rosmah: Jika begitu, terima kasih.

Rosmah berkata kehidupannya sangat sibuk sebagai isteri Najib, yang menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Katanya, isteri Perdana Menteri terdahulu tidak seaktif beliau dalam isu sosial dengan memberi contoh penglibatannya dalam program didikan awal kanak-kanak (PERMATA).

Katanya, beliau juga kerap diminta menyampaikan ucapan, termasuk di luar negara.

Rosmah berkata, tiada siapa yang memberikannya gelaran Wanita Pertama Malaysia, sebaliknya ia sekadar untuk tujuan pentadbiran.

“Saya tidak pasti sama ada Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali atau ibu mentua saya (Allahyarhamah) Tun Rahah Mohamed Noah pernah diberi gelaran itu,” katanya.

Siti Hasmah adalah isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri kelima dan ketujuh, manakala Tun Rahah isteri Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang juga bapa Najib.

Rosmah berkata, beliau tidak mempunyai pejabat sendiri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) manakala semua urusannya dikendalikan Pegawai Khas, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod.

“Beliau ditugaskan untuk saya kerana saya isteri Perdana Menteri. Beliaulah hubung kait antara saya dan PMO,” katanya.

Rosmah turut menolak cadangan Sri Ram bahawa beliau telah menggunakan bekas pembantunya Datuk Seri Rizal Mansor untuk mengutip wang daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, dan pembantunya Rayyan Radzwill Abdullah.

Rosmah, 69, didakwa meminta RM187.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal, sebagai imbuhan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar berkenaan menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Beliau juga berdepan dua tuduhan menerima rasuah RM1.5 juta pada 2016, dan RM5 juta pada 2017, daripada Saidi.

Perbicaraan di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung pada 21 Oktober. #sumber



Demikianlah Artikel Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan, Rela ‘Berkorban’ Demi Najib Razak Di Media Sosial

Sekianlah artikel Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan, Rela ‘Berkorban’ Demi Najib Razak Di Media Sosial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan, Rela ‘Berkorban’ Demi Najib Razak Di Media Sosial dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/rosmah-dakwa-beliau-sasaran-serangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan, Rela ‘Berkorban’ Demi Najib Razak Di Media Sosial"

Catat Ulasan

Loading...