Judul : PRN Melaka: Barisan Nasional Kena Kompaun Anjur Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya !
link : PRN Melaka: Barisan Nasional Kena Kompaun Anjur Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya !
PRN Melaka: Barisan Nasional Kena Kompaun Anjur Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya !
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengadakan majlis perasmian Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di World Trade Centre (WTCKL) malam tadi.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kemas kini di Instagram malam ini, kompaun itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Kepong di bawah Akta 342 kerana menganjurkan majlis sosial.
Terdahulu, BN mengadakan perasmian Pelancaran Jentera BN PRN Melaka, di di Dewan Tun Hussein Onn WTCKL.
Antara yang hadir ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Turut hadir, Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Penganjuran majlis sosial itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial dengan banyak pihak mendesak KKM mengambil tindakan tegas terhadap penganjur.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini mengumumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021. #sumber
Demikianlah Artikel PRN Melaka: Barisan Nasional Kena Kompaun Anjur Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya !
Anda sekarang membaca artikel PRN Melaka: Barisan Nasional Kena Kompaun Anjur Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/prn-melaka-barisan-nasional-kena.html
0 Response to "PRN Melaka: Barisan Nasional Kena Kompaun Anjur Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya !"
Catat Ulasan