Loading...

Jangan ‘Kurung’ PAS Dalam Muafakat, Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada PRU15 Nanti

Loading...
Jangan ‘Kurung’ PAS Dalam Muafakat, Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada PRU15 Nanti - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan ‘Kurung’ PAS Dalam Muafakat, Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada PRU15 Nanti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan ‘Kurung’ PAS Dalam Muafakat, Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada PRU15 Nanti
link : Jangan ‘Kurung’ PAS Dalam Muafakat, Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada PRU15 Nanti

Baca juga


Jangan ‘Kurung’ PAS Dalam Muafakat, Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada PRU15 Nanti

KUALA TERENGGANU -  Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang tidak mahu kerjasama yang mengekang PAS daripada mencapai matlamat politiknya, mengatakan parti itu mesti berusaha untuk sekurang-kurangnya menjadi penentu pada PRU.

Presiden PAS itu dalam ucapan dasar mesyuarat agung tahunan PAS ke-67 menegaskan PAS mahu memimpin kerana hanya itu jaminan paling kuat bagi menegakkan konsep kepimpinan Islam.

“PAS jangan dikurung dalam sebarang permuafakatan yang tertutup dalam lingkungan sekadar menjadi penumpang dalam perjalanan politik tanah air; sebaliknya, menjadi pemimpin bersama rakan-rakan…”

“Untuk mendapat jaminan paling kuat bagi menegakkan konsep kepimpinan Islam yang berprinsip,” tambahnya, “PAS wajib berusaha sekurang-kurangnya menjadi penentu dalam keputusan PRU-15 berasaskan jumlah kerusi yang menang, bukannya banyak jumlah kerusi yang bertanding tanpa kerusi yang dimenangi.”

Hadi berkata PAS selepas PRU14 mengembalikan kepimpinan kerajaan kepada “kepimpinan Islam yang selaras dengan konteks masyarakat majmuk”.

“Perubahan dilakukan melalui pendekatan menyatukan parti-parti dan kelompok umat Islam yang sedar serta insaf. Pada masa yang sama, disertai kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem dan memahami realiti demografi penduduk di Malaysia,” katanya.

Atas dasar penyatuan ummah, PAS berusaha menyelamatkan Umno yang dikatakan cedera parah dalam PRU14 dan Bersatu yang baharu ditubuhkan, dengan menemukan dua parti itu melalui wadah Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Hadi bagaimanapun akui penyatuan tidak mudah diusahakan kerana ia memerlukan kesungguhan dan jiwa besar, saling bertoleransi, dan kesabaran.

“…jangan wujud sebarang perpecahan kerana sikap tamak, mementingkan diri atau dendam kesumat sehingga keputusan PRU14 berulang lagi,” tambahnya.

Mengenai mesyuarat agung tahunan kali ini, Hadi berkata ia bagi menegaskan hala tuju PAS menuju PRU15.

“…untuk Islam terus memimpin dengan mengekalkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dimenangi oleh PAS, serta menambah bilangan kerusi dan pengaruh PAS di negeri-negeri lain,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Jangan ‘Kurung’ PAS Dalam Muafakat, Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada PRU15 Nanti

Sekianlah artikel Jangan ‘Kurung’ PAS Dalam Muafakat, Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada PRU15 Nanti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan ‘Kurung’ PAS Dalam Muafakat, Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada PRU15 Nanti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/jangan-kurung-pas-dalam-muafakat-parti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan ‘Kurung’ PAS Dalam Muafakat, Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada PRU15 Nanti"

Catat Ulasan

Loading...