Loading...

PRN Melaka: Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang, Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti

Loading...
PRN Melaka: Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang, Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRN Melaka: Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang, Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRN Melaka: Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang, Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti
link : PRN Melaka: Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang, Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti

Baca juga


PRN Melaka: Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang, Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti

MELAKA - Bekas ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee menafikan laporan bahawa dia akan bertanding di bawah tiket parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung 20 Nov ini.

Norhizam berkata dia kekal bebas tanpa menjadi ahli parti politik sehingga kini.

“Saya dari dulu bebas, sampai sekarang pun saya bebas, bebas bersuara, bebas buat kerja. Saya akan panggil media dalam masa terdekat ini,” katanya ringkas kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu hari ini, sebuah portal melaporkan Norhizam bakal menjadi calon tunggal parti Pejuang pada PRN Melaka kali ini.

Norhizam, 55, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, memenangi kerusi Pengkalan Batu atas tiket PH pada PRU14.

Bagaimanapun pada 2 Mac 2020, Norhizam yang juga timbalan pengerusi DAP Melaka ketika itu, menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri baru di bawah Perikatan Nasional (PN), lalu dipecat oleh DAP.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.

PRN itu diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Adun menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

Mereka ialah Norhizam, Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). #sumber



Demikianlah Artikel PRN Melaka: Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang, Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti

Sekianlah artikel PRN Melaka: Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang, Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRN Melaka: Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang, Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-norhizam-nafi-akan-tanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRN Melaka: Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang, Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti"

Catat Ulasan

Loading...