Judul : PRN Melaka: Semua 28 Orang Calon BN Perlu Tandtangani Perjanjian Elak Dari Lompat Parti
link : PRN Melaka: Semua 28 Orang Calon BN Perlu Tandtangani Perjanjian Elak Dari Lompat Parti
PRN Melaka: Semua 28 Orang Calon BN Perlu Tandtangani Perjanjian Elak Dari Lompat Parti
KUALA LUMPUR - Semua 28 calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu menandatangani perjanjian bagi mengelak tindakan lompat parti.
Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ada beberapa perjanjian yang perlu ditandatangani membabitkan beberapa aspek undang-undang.
Katanya, melalui langkah itu, calon yang ingkar akan dikenakan tindakan undang-undang sesuai terma perjanjian.
"Langkah ini juga selaras dengan usaha parti yang mahu mengekalkan kestabilan politik selepas pilihan raya .
"Ini juga sesuai dengan tema kita pada PRN kali ini iaitu Kestabilan Demi Kemakmuran," katanya pada sidang media ketika mengumumkan calon BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Setiausaha BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Bendahari Agong BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Mohamad menjelaskan, perjanjian itu adalah jaminan kestabilan yang ingin diperjuangkan BN dalam PRN Melaka.
Katanya, komitmen itu diharap dapat meyakinkan pengundi untuk memilih parti yang benar-benar komited memastikan kestabilan demi kesejahteraan Melaka dan kemakmuran Malaysia.
Ditanya tindakan yang akan diambil jika ada yang melompat parti selepas PRN, katanya perkara itu dibawa ke mahkamah dan terpulang tindakan yang dirasakan sesuai oleh mahkamah berdasar terma dalam perjanjian.
Katanya, langkah itu adalah yang kali pertama dilaksanakan BN, berikutan Akta Lompat Parti masih belum dapat dibentangkan di Parlimen dan mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN).
Semntara itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO turut mengumumkan calon PRN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri. #sumber
Demikianlah Artikel PRN Melaka: Semua 28 Orang Calon BN Perlu Tandtangani Perjanjian Elak Dari Lompat Parti
Anda sekarang membaca artikel PRN Melaka: Semua 28 Orang Calon BN Perlu Tandtangani Perjanjian Elak Dari Lompat Parti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-semua-28-orang-calon-bn.html
0 Response to "PRN Melaka: Semua 28 Orang Calon BN Perlu Tandtangani Perjanjian Elak Dari Lompat Parti"
Catat Ulasan