Loading...

Dua Beradik Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di KM44.1 Lebuhraya KL-Karak Awal Pagi Tadi !

Loading...
Dua Beradik Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di KM44.1 Lebuhraya KL-Karak Awal Pagi Tadi ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Beradik Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di KM44.1 Lebuhraya KL-Karak Awal Pagi Tadi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Beradik Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di KM44.1 Lebuhraya KL-Karak Awal Pagi Tadi !
link : Dua Beradik Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di KM44.1 Lebuhraya KL-Karak Awal Pagi Tadi !

Baca juga


Dua Beradik Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di KM44.1 Lebuhraya KL-Karak Awal Pagi Tadi !

BENTONG - Dua beradik maut manakala tiga yang lain termasuk ibu bapa mereka cedera apabila kereta dinaiki keluarga itu terbabas sebelum terbalik di KM44.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada 3.20 pagi itu melibatkan sebuah keluarga yang dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Kelantan.

Kedua-dua Wafa Safia Mohd Hairy, 17, dan adiknya Adam Haiqal, 12, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ibu bapa mereka, Mohd Hairy Ahmad dan Zuraini Zolkifli, kedua-duanya berusia 44 tahun, dilaporkan cedera manakala anak bongsu pasangan itu, Fahmi Eyman, 10, pula cedera parah di kepala.

Hairy, seorang pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang memandu Toyota Estima mengalami kecederaan pada tulang belakang, manakala Zuraini yang juga guru sekolah rendah retak tangan kanan.

Menurut Kamarulzaman, keluarga itu dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menghadiri majlis pertunangan sebelum kenderaan dinaiki mereka terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain berhampiran satu selekoh.

“Keadaan jalan yang licin juga dipercayai menyebabkan pemandu berhadapan kesukaran mengawal kenderaan sebelum kereta itu berpusing beberapa kali sebelum terbalik,” katanya menurut laporan Bernama.

Kamarulzaman berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong bagi bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan selepas keputusan saringan Covid-19 diperoleh. #sumber



Demikianlah Artikel Dua Beradik Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di KM44.1 Lebuhraya KL-Karak Awal Pagi Tadi !

Sekianlah artikel Dua Beradik Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di KM44.1 Lebuhraya KL-Karak Awal Pagi Tadi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Beradik Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di KM44.1 Lebuhraya KL-Karak Awal Pagi Tadi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/12/dua-beradik-maut-tiga-cedera-kemalangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dua Beradik Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di KM44.1 Lebuhraya KL-Karak Awal Pagi Tadi !"

Catat Ulasan

Loading...