Loading...

NGO Tuntut Inkues Terhadap Kematian Muhammad Hidayat Di IPD Pekan Sebulan Lalu !

Loading...
NGO Tuntut Inkues Terhadap Kematian Muhammad Hidayat Di IPD Pekan Sebulan Lalu ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO Tuntut Inkues Terhadap Kematian Muhammad Hidayat Di IPD Pekan Sebulan Lalu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO Tuntut Inkues Terhadap Kematian Muhammad Hidayat Di IPD Pekan Sebulan Lalu !
link : NGO Tuntut Inkues Terhadap Kematian Muhammad Hidayat Di IPD Pekan Sebulan Lalu !

Baca juga


NGO Tuntut Inkues Terhadap Kematian Muhammad Hidayat Di IPD Pekan Sebulan Lalu !

KUALA LUMPUR - Kumpulan peguam dan pelobi hak asasi Malaysia menuntut prosiding inkues diadakan bagi menyiasar kes kematian dalam tahanan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Pekan, Pahang, kira-kira sebulan lalu.

Tuntutan itu dinyatakan dalam memorandum Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Gerakan Guaman Rakyat (GEGAR) kepada Jabatan Peguam Negara di Putrajaya yang dihantar secara serahan tangan pagi ini.

SUARAM dan GEGAR mahu tahu sekiranya terdapat unsur-unsur kecuaian dan salah guna kuasa semasa pengendalian tahanan, iaitu Muhammad Hidayat Abdul Halim, pekerja binaan 44 tahun.

“Setelah hampir 10 jam penahanan mangsa iaitu pada jam lebih kurang sembilan malam pada tarikh yang sama, barulah keluarga dihubungi oleh pihak polis untuk dimaklumkan sebab penahanan.

“Keluarga telah dimaklumkan bahawa sebelum mangsa meninggal dunia, mangsa telah mengalami muntah-muntah.

“Namun pihak polis hanya memberikan ubat paracetamol (Panadol) kepada mangsa (berdasarkan laporan polis - PEKAN/003786/21),” menurut memorandum itu.

Menurut mereka, anggota keluarga juga ragu-ragu berkaitan penjelasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, bahawa allahyarham meninggal kerana saluran darah yang tidak normal pecah, akibat angin ahmar.

“Perkara ini membuat keluarga ragu dengan keadaan mangsa sebelum beliau meninggal dunia, kerana seseorang menghadapi serangan atau gejala stroke akan menunjukkan simptom-simptom awal yang tertentu dan seterusnya akan menjadi lemah selama beberapa jam sebelum meninggal dunia (berdasarkan laporan polis - PEKAN/003786/21).”

Menurut mereka, anggota keluarga juga, melalui peguam, telah menghantar permohonan inkues pada 1 November tetapi masih tiada balasan.

Menurut mereka, Muhammad Hidayat ditahan pada 8 Oktober kira-kira jam 11 pagi dan meninggal dunia selepas kurang 72 jam selepas ditahan.

SUARAM danGEGAR berkata, dia ditahan di IPD Pekan bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (memasukkan dadah ke dalam badan).

Bapa kepada enam orang anak itu juga tidak mempunyai masalah kesihatan ketika ditahan, menurut memorandum itu.

Suaram diwakili oleh pegawai programnya Mohammad Alshatri Abdullah. Turut hadir wakil Parti sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan Adik Muhammad Hidayat, Ahmad Faiz Abdul Halim. #sumber



Demikianlah Artikel NGO Tuntut Inkues Terhadap Kematian Muhammad Hidayat Di IPD Pekan Sebulan Lalu !

Sekianlah artikel NGO Tuntut Inkues Terhadap Kematian Muhammad Hidayat Di IPD Pekan Sebulan Lalu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO Tuntut Inkues Terhadap Kematian Muhammad Hidayat Di IPD Pekan Sebulan Lalu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/12/ngo-tuntut-inkues-terhadap-kematian.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "NGO Tuntut Inkues Terhadap Kematian Muhammad Hidayat Di IPD Pekan Sebulan Lalu !"

Catat Ulasan

Loading...