Loading...

Speaker Dewan Rakyat: Pendengaran PSC Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum

Loading...
Speaker Dewan Rakyat: Pendengaran PSC Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Speaker Dewan Rakyat: Pendengaran PSC Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Speaker Dewan Rakyat: Pendengaran PSC Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum
link : Speaker Dewan Rakyat: Pendengaran PSC Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum

Baca juga


Speaker Dewan Rakyat: Pendengaran PSC Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum

SHAH ALAM - Semua prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) termasuk pada Rabu yang membincangkan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak akan dibuka kepada orang ramai.

Menurut laporan portal The Star, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, ia tidak dibuka berikutan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut beliau, semua prosiding PSC dan jawatankuasa lain adalah tertakluk kepada peruntukan peraturan tetap.

“Peraturan mesyuarat tidak membenarkan prosiding terbuka.

“Malah, peraturan tidak membenarkan perbincangan atau pendedahan saksi, keterangan saksi dan kandungan prosiding sehingga laporan dibentangkan kepada Dewan,” katanya pada Ahad.

Menurut Azhar, perkara tersebut bertujuan untuk memelihara integriti prosiding tersebut dan memastikan kerjasama yang lengkap daripada semua yang terlibat.

“Ini juga bagi memastikan kerjasama sepenuhnya daripada semua yang terlibat,” ujarnya.

Pada Sabtu, ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez yang meletak jawatan daripada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM menggesa prosiding tersebut dibuka kepada orang awam dan media.

Menurut Terence, ia penting bagi memastikan tiada sebarang usaha untuk menyembunyikan kebenaran.

Azam dijangka disoal siasat oleh PSC bagi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri berhubung penglibatannya dalam kontroversi dagangan saham minggu depan.

Menurut ahli jawatankuasa PSC dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, Azam telah dimaklumkan dan akan hadir di hadapan sembilan ahli jawatankuasa itu pada 19 Januari.

Mesyuarat itu akan diadakan pada jam 2.00 petang di Parlimen. #sumber



Demikianlah Artikel Speaker Dewan Rakyat: Pendengaran PSC Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum

Sekianlah artikel Speaker Dewan Rakyat: Pendengaran PSC Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Speaker Dewan Rakyat: Pendengaran PSC Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/speaker-dewan-rakyat-pendengaran-psc.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Speaker Dewan Rakyat: Pendengaran PSC Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum"

Catat Ulasan

Loading...