Judul : Teruk Terjejas Banjir, Penduduk Taman Sri Muda Shah Alam Akan Menyaman Pihak Berkuasa !
link : Teruk Terjejas Banjir, Penduduk Taman Sri Muda Shah Alam Akan Menyaman Pihak Berkuasa !
Teruk Terjejas Banjir, Penduduk Taman Sri Muda Shah Alam Akan Menyaman Pihak Berkuasa !
PETALING JAYA - Mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, akan memfailkan saman berhubung pengabaian pihak berkuasa susulan banjir besar ang mengorbankan sembilan nyawa di kawasan berkenaan, selain menjejaskan hampir 4,000 penduduk, bulan lalu.
Tindakan saman itu menamakan Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Pengairan dan Saliran, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor.
Peguam Sachpreetraj Singh Sohanpal, berkata kira-kira 40 penduduk dari Taman Sri Muda, sudah menunjukkan minat terbabit sama dalam proses saman berkenaan.
Katanya, intipati saman terbabit berhubung pengabaian, selepas mengambil kira agensi kerajaan mempunyai tanggungjawab menjaga rakyat Selangor, termasuk menyediakan sistem pengairan baik, selain mengambil tindakan secukupnya berhubung bencana.
“Mana-mana mangsa, penduduk, peniaga atau sesiapa sahaja yang terjejas dengan banjir di Taman Sri Muda dialu-alukan,” katanya.
Sekurang-kurangnya 25 mangsa banjir di Selangor terkorban, dengan kebanyakan kematian berlaku di Shah Alam. #sumber
Demikianlah Artikel Teruk Terjejas Banjir, Penduduk Taman Sri Muda Shah Alam Akan Menyaman Pihak Berkuasa !
Anda sekarang membaca artikel Teruk Terjejas Banjir, Penduduk Taman Sri Muda Shah Alam Akan Menyaman Pihak Berkuasa ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/teruk-terjejas-banjir-penduduk-taman.html
0 Response to "Teruk Terjejas Banjir, Penduduk Taman Sri Muda Shah Alam Akan Menyaman Pihak Berkuasa !"
Catat Ulasan