Judul : Lori Di Naiki ADUN Ajil Terbalik Di Hanyutkan Arus Deras, Beliau Bagaimana Pun Terselamat
link : Lori Di Naiki ADUN Ajil Terbalik Di Hanyutkan Arus Deras, Beliau Bagaimana Pun Terselamat
Lori Di Naiki ADUN Ajil Terbalik Di Hanyutkan Arus Deras, Beliau Bagaimana Pun Terselamat
KUALA BERANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim terselamat daripada dihanyutkan arus apabila lori dinaikinya terbalik setiba berhampiran kawasan Sungai Kampung Lebak, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Maliaman yang dalam misi menghantar bantuan bekalan makanan kepada penduduk terjejas banjir di sekitar Hulu Berang menggunakan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM), bagaimanapun hanya cedera ringan.
Beliau yang cedera pada kaki diselamatkan bot penyelamat sejurus kejadian sebelum dibawa ke kawasan selamat.
Kenderaan yang turut dinaiki 13 anggota APM dikatakan terbalik selepas dihanyutkan arus deras sebaik tiba berhampiran kawasan Sungai Kampung Lebak.
Menerusi laman sosial Facebook rasmi, miliknya, beliau melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada penyelamat yang datang menghulurkan bantuan.
"Allah masih panjangkan usia kami. Saya bersama 13 anggota JPAM dalam misi menghantar keperluan makanan kepada mangsa di sekitar Hulu Berang.
"Nasib tidak menyebelahi kami kerana kenderaan logistik JPAM dibawa arus yang cukup deras berhampiran Sungai Kg Lebak.
"Keperluan makanan, pakaian semua dibawa arus yang cukup deras dan kenderaan logistik juga tidak dapat diselamatkan.
"Saya mohon maaf kerana gagal menghantar keperluan barangan untuk mangsa banjir tadi.
"Jutaan terima kasih kepada penyelamat yang datang memberi bantuan kepada team kami," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Lori Di Naiki ADUN Ajil Terbalik Di Hanyutkan Arus Deras, Beliau Bagaimana Pun Terselamat
Anda sekarang membaca artikel Lori Di Naiki ADUN Ajil Terbalik Di Hanyutkan Arus Deras, Beliau Bagaimana Pun Terselamat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/02/lori-di-naiki-adun-ajil-terbalik-di.html
0 Response to "Lori Di Naiki ADUN Ajil Terbalik Di Hanyutkan Arus Deras, Beliau Bagaimana Pun Terselamat"
Catat Ulasan