Judul : Para Penduduk Pulau Tioman Akan Menikmati Kemudahan 'Internet' Yang Lebih Baik, Stabil !
link : Para Penduduk Pulau Tioman Akan Menikmati Kemudahan 'Internet' Yang Lebih Baik, Stabil !
Para Penduduk Pulau Tioman Akan Menikmati Kemudahan 'Internet' Yang Lebih Baik, Stabil !
KUANTAN - Penduduk Pulau Tioman menikmati kemudahan Internet yang lebih baik dan stabil selepas pemasangan rangkaian gentian optik di Kampung Salang, Kampung Paya dan Kampung Genting di pulau peranginan tersebut siap baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata kemudahan itu secara langsung memanfaatkan hampir 1,000 premis kediaman dan komersial di kampung terlibat serta kawasan sekitar.
Ini termasuk Kampung Tekek, Air Batang dan Kampung Juara.
"Projek menaik taraf yang dilakukan oleh Telekom Malaysia di Pulau Tioman bermula sejak September tahun lepas. Ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi daerah Rompin," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook beliau.
Pelaksanaan Jendela di Rompin menyasarkan sebanyak 4,937 premis disambung dengan rangkaian gentian. #sumber
Demikianlah Artikel Para Penduduk Pulau Tioman Akan Menikmati Kemudahan 'Internet' Yang Lebih Baik, Stabil !
Anda sekarang membaca artikel Para Penduduk Pulau Tioman Akan Menikmati Kemudahan 'Internet' Yang Lebih Baik, Stabil ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/02/para-penduduk-pulau-tioman-akan.html
0 Response to "Para Penduduk Pulau Tioman Akan Menikmati Kemudahan 'Internet' Yang Lebih Baik, Stabil !"
Catat Ulasan