Loading...

Pemilihan UMNO Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15

Loading...
Pemilihan UMNO Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemilihan UMNO Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemilihan UMNO Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15
link : Pemilihan UMNO Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15

Baca juga


Pemilihan UMNO Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15

 

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO bersetuju pemilihan parti ditangguh selama enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata keputusan itu akan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP) bagi mengelak sebarang isu yang tidak diingini.

“Selaku pengerusi jawatankuasa pengurusan, saya perlu mengambil tindakan untuk memastikan apa yang sudah diputuskan ini akan digerakkan dan diambil segala tindakan segera.

“Keputusan yang paling besar sekali yang perlu dibuat segera adalah pemilihan parti akan ditangguhkan enam bulan selepas PRU atau dalam jangka masa enam bulan. Itu satu keputusan besar,” katanya.

Mohamad berkata langkah itu diambil kerana beliau khuatir ia bakal berdepan kekangan kerana JPPM terletak di bawah ‘kuasa’ menteri bukan daripada UMNO.

Mengulas sebab mengapa penangguhan itu diperlukan, Mohamad berkata, jika ia tidak diluluskan, maka ditakuti akan jadi bibit perpecahan dalam parti.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak berlaku perselisihan yang memungkinkan ahli parti akan berpecah-belah dan berlaku kerosakan dalaman sehingga memerlukan pilihan raya berlangsung sekali lagi.

“Jika ini dapat kita lulus, masalah selesai kerana kita bimbang menghadapi PRU selepas pemilihan parti diadakan.

“Sejarah menunjukkan jelas apabila ada pemilihan parti, maka ada perpecahan. Jangan menidakkan perkara ini. Kita tidak mahu parti dalam keadaan tidak baik, bergeseran antara satu sama lain dan berpecah hingga alami pilihan raya lagi.

“Kita tak mahu perpecahan parti, mesti kukuh menghadapi musuh untuk kita tentang. Jangan kita pandang ringan musuh nak jatuhkan kita. Kali ini jika kita jatuh sekali lagi memang susah. Jadi pertahankan maruah dan memartabatkan parti kita,” katanya.

Mengulas tarikh sesuai pembubaran Parlimen, Mohamad berkata, perkara itu memang menjadi perbincangan antara pemimpin tertinggi parti, tetapi tidak ditonjolkan secara terbuka.

“Kami berlima selalu duduk berbincang di rumah, pergi ke yayasan malah kadang-kadang duduk (bincang) ketika makan mi goreng. Kami sebenarnya rapat menguruskan parti,” katanya.

Pada Jun lalu, UMNO membuat ketetapan untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 18 bulan.  Susulan itu, kepimpinan parti membayangkan pemilihan parti berkemungkinan diadakan penghujung tahun ini. #sumber



Demikianlah Artikel Pemilihan UMNO Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15

Sekianlah artikel Pemilihan UMNO Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemilihan UMNO Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/03/pemilihan-umno-hanya-akan-di-adakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemilihan UMNO Hanya Akan Di Adakan Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15"

Catat Ulasan

Loading...