Loading...

Zahid Beri ‘Bayangan’ Ismail Calon PM PRU15, Minta ‘Jangan Tunggu Lama’ Bubar Parlimen !

Loading...
Zahid Beri ‘Bayangan’ Ismail Calon PM PRU15, Minta ‘Jangan Tunggu Lama’ Bubar Parlimen ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Beri ‘Bayangan’ Ismail Calon PM PRU15, Minta ‘Jangan Tunggu Lama’ Bubar Parlimen !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Beri ‘Bayangan’ Ismail Calon PM PRU15, Minta ‘Jangan Tunggu Lama’ Bubar Parlimen !
link : Zahid Beri ‘Bayangan’ Ismail Calon PM PRU15, Minta ‘Jangan Tunggu Lama’ Bubar Parlimen !

Baca juga


Zahid Beri ‘Bayangan’ Ismail Calon PM PRU15, Minta ‘Jangan Tunggu Lama’ Bubar Parlimen !

 

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Ismail Sabri Yaakob akan terus dicalonkan menerajui kerajaan jika UMNO-Barisan Nasional memenangi PRU15.

Pada masa sama, Zahid menggesa Ismail “jangan tunggu lama-lama” bagi membubarkan Parlimen untuk PRU15 diadakan.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), petang semalam.

Pada sidang media kemudiannya, Zahid menjangkakan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU15 sebelum atau selepas Julai ini, tetapi menegaskan perkara itu diserahkan kepada kebijaksanaan Ismail untuk menentukannya.

Katanya, tempoh itu berkait perjanjian kerjasama yang diikat dengan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang akan luput akhir Julai ini.

“Umno tidak menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen kerana menghormati keputusan Kabinet yang dianggotai pelbagai parti selain Barisan Nasional (BN).

“Kami memahami peraturan dan Perlembagaan kerana Perdana Menteri perlu bawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Ketika penggulungan PAU, Zahid berkata dirinya tidak dengki dengan pelantikan Ismail sebagai Perdana Menteri Ogos lalu dan berkata Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Presiden UMNO) mungkin lebih sesuai menjadi calon PM UMNO-BN pada PRU seterusnya.

“Kalau Tok Mat (Mohamad Hasan) hendak, tunggulah. Saya dan bosku (Najib Razak) sudah terima hakikat bahawa rezeki tidak pernah salah alamat.

“Saya fikir kalau rezeki Tok Mat mungkin selepas pilihan raya ke-16, mungkin rezeki tak salah alamat. Yang selalu salah alamat, rezeki bosku dan saya sajalah. Oleh itu saya dan bosku reda,” katanya.

Menurut Zahid, beliau sendiri mencadangkan nama Ismail sebagai Perdana Menteri malah Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan meletakkan hanya nama beliau untuk jawatan itu. #sumber



Demikianlah Artikel Zahid Beri ‘Bayangan’ Ismail Calon PM PRU15, Minta ‘Jangan Tunggu Lama’ Bubar Parlimen !

Sekianlah artikel Zahid Beri ‘Bayangan’ Ismail Calon PM PRU15, Minta ‘Jangan Tunggu Lama’ Bubar Parlimen ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Beri ‘Bayangan’ Ismail Calon PM PRU15, Minta ‘Jangan Tunggu Lama’ Bubar Parlimen ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/03/zahid-beri-bayangan-ismail-calon-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid Beri ‘Bayangan’ Ismail Calon PM PRU15, Minta ‘Jangan Tunggu Lama’ Bubar Parlimen !"

Catat Ulasan

Loading...